Jadi berbalik kepada lunch dan dinner pada Day 1 hari itu..memula ingat nak masak ikan kukus..tetiba telah bertukar menu kepada masak singgang..sesungguhnya, aku memang bukan peminat masakan singgang, atau pindang atau sup..tapi sebab itu adalah antara menu yang sesuai untuk orang diet, maka aku pon menyahut seruan diet,mengorbankan nafsu makan aku..huhuhu..
However, sungguh lah memeranjatkan sebab masa aku sedang memasak, aku dapati cam enaknya bau singgang ini, dan aku pon makan berselera jugak, kalo tak kenang diet, menambah nasi aku rasa..muahkahkah...
Ikan Salmon Singgang |
Resepi Ikan Salmon Singgang (1 serving, per 1 person)
Ingredients:
Sekeping ikan salmon dalam 4oz
Bawang merah 3 ulas, dihiris
Bawang putih 3 ulas, dihiris
Halia 1 inci, dihiris
Lengkuas 1 inci, dihiris
Kunyit hidup 1 inci, dihiris
2 keping Asam keping
Cili hijau dan merah sesedap rasa,potong 2
Air 150ml
Garam secukup rasa
Methods:
Rebus air bersama semua bahan-bahan dihiris sehingga mendidih.
Letak ikan ke dalam air rebusan bersama garam dan cili, tunggu sehingga ikan masak.
Perasakan masin dan masam.
*Selalunya masakan macam ini, kalo dah masak pagi, petang baru sedap makan,sebab dah sebati gitu.
Aku makan untuk lunch dan dinner bersama dengan nasi. 1/2 cawan nasi tengahari dan 1/2 lagi masa makan malam. Makan malam sekarang sebelum pukul 8. Kalo lapar dalam kol 10mlm, makan biskut hup seng atau minum milo sahaja.
Itu nasi bersama bayam rebus air. |
.
No comments:
Post a Comment