Penurunan Berat Badan!!!!

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Monday, June 20, 2011

Malu..Malu...Timbangan Pagi Isnin 20/6/11

            Bangun pepagi, selepas membuang segala 'toksik' dengan penuh semangat bergegas ke tingkat atas nak naik penimbang..berdebar-debar...

            Minta tolong encik suami amikkan gambar..katanya 190lbs..wah 190lbs..berapa kilo kah itu???cepat-cepat convert..pergh..86.1kg tuh..kalo tolak dari berat asal 4.6kg tu turun...woooot wooot bersorak panjang, sambil tengok gambar sambil gembira..terus bersemangat naik treadmill sampai 28 minit..sambil berkira-kira kalo camni cepatlah nak capai target 50kg...waaahhhhh gembiranya..tak sabarnya..nak tengok rupa baru...waaahhh tu yang tak sedar dah 28 minit berlari tuh..

          Lepas tu, Adam dah jaga..budak ni kalo dah jaga alamat memang tak boleh nak buat apa lah aku ini..sebab dia nak berkepit je dengan aku..aku tak dapat nak update blog, sebab dia nak tolong ketuk keyboard sekali..tak dapat nak update gambar kat fb..cuma sempat announce kat fb kekonon aku turun 4.6kg..serius teruja dengan pencapaian diri..walawehhh....

         Pastu sebentar tadi sebab encik suami dah habis presentation projek,dia balik untuk lunch dan lepak kejapan..maka dapatlah nak update gambar dan blog..memula gi lekat gambar kat fb..sekali aku tengok bebetul di tengahari ini dengan mata yang cerah, nampaklah cehhhhhh rupanya 195lbs je...ooopppssss terkecoh pulak kat fb..huhuhuhu...MALU MALU...sorry lah ingat 4.6kg rerupanya 2.3kg jer..confirm berat air tuh...

        Maka kesimpulannya, melepaslah hadiah mingguan (walau bukan itu yang menjadi tujuan) tapi orang kata pembakar semangat gitu...aaaaaahhhhhhhh MALU seh...cis...halabau betul... maka berat sekarang adalah 88.4kg...okey kengkawan usaha lagi lah nampaknya yer....


Notakaki: ini yang terasa nak beli digital weight machine...baru terang benderang..tak gitu????

2 comments:

  1. kesilapan yang tak disengajakan, maka dimaafkan :D
    turun 2.3kg tu pun satu progress yang sangat bagus, mana tau kalau terus gigih berdiet, berat akan turun lagi berganda-ganda lepas ni, silap-silap seminggu boleh turun 5-6kg pulak. apepun, selamat meneruskan usaha! chaiyok! chaiyok!

    -Fatimah Radzi-

    ReplyDelete
  2. ahahhaha..malu betul..tak pe misi diteruskan...hehehe

    ReplyDelete