Hari ini aku masak kari ayam madras. Kari ini ala-ala kari mamak buat makan dengan roti canai..perghh sedap..Jangan risau kalori aku kira untuk per serving dengan gaya aku masak adalah 342 kalori..hahahaha..memang banyak..tapi bolelah kalo dah tak tertelan makan singgang, sup dan pindang..lagipon aku tak berapa nak larat nak memasak untuk 2 orang tapi kena masak 2 lauk..aduih...
Kesian jugak kat tok laki aku, asyik kena makan makanan berkuah kosong gitu, walaupon dia kata dia minat sesangat, tapi aku tengok nasi tak habis sokmo 2 hari aku masak 3 pot..jadi terpaksa la aku tukar menu. Ooh mungkin sebab aku makan 1 cawan nasi je sehari..hahaha..sebelum ini bercawan-cawan..huhuhu..
Mari kita kongsi resepi, resepi ini aku jumpa kat kak nor..kak nor pulak amik dari umah kak dayang jack. Thanks to both of you dan izin paste resepi yer..
Bahan-bahan :
* 8 ketul ayam (aku guna 5 ketul paha ayam)
* 100 g ubi kentang (dipotong wedges) (aku guna 2 biji kentang)
* 10 g bawang putih (dihiris halus) ~ lebih kurang 3 ulas
* 20 g bawang merah (dihiris halus) ~ lebih kurang 2 bj
* 15 g halia (dihiris) ~ lebih kurang 1in
* 4 sb minyak sapi (aku guna vegetable oil 4sb untuk tumis)
* 1 helai daun pandan (disimpul)
* 5 sb rempah kari daging
* 1 sk serbuk jintan putih
* 1 sk serbuk jintan manis
* 1 biji jus limau nipis
* 4 biji buah keras (rendam dan kisar) ~ K.Nor tumbuk jer (aku takde,maka tak letak)
* 1 cawan yogurt ( DJ guna 3/4 cawan buttermilk) (aku memang letak yogurt,boleh cari yang low fat)
* 1 cawan air
* 1 cawan susu cair (DJ guna 1/2 cawan shj) ~ K.Nor pun (aku letak secawan susu low fat)
* 1 sk serbuk pati ayam
* 1 tangkai daun kari (DJ added) ~ K.Nor letak gak(aku tak letak sebab takde)
* garam dan gula secukup rasa
* bahan tumis : 2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga & 2 cm kulit kayu manis
Cara-cara :
1. Bancuh serbuk kari daging, jintan manis dan jintan putih dgn secawan air. Ketepikan.
2. Panaskan minyak sapi, tumis bahan rempah, bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari hingga naik bau.
3. Masukkan pes kari. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam, daun pandan, ubi kentang, pati ayam lalu dikacau selama 4 minit. Tuangkan sedikit air, buah keras dan susu cair. Masak hingga ubi kentang empuk.
5. Masukkan yogurt, air limau nipis dan perasakan dgn garam dan gula.
Pesanan penaja: Yang italic adalah aku punya notes..menjadikan resepi ini berkalori 342 sahaja..
Walaubagaimana pon kalori aku adalah terlebih sedikit pada hari ini..huhuhu..sebab aku adalah perlu minum horlicks untuk booster..okay-okay esok cuba kurangkan..
No comments:
Post a Comment