Penurunan Berat Badan!!!!

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Saturday, May 3, 2014

Misi Kurus Kembali Lagi!!!

Howdy,

Wah giler lama tak update blog ni..huhuhu..nampak sangat misi ke laut dan tenggelam dalam ombak yang mengganas. Wah dah bermetafora pulak. Satu sebab mood menulis tiada. Kedua sebab tiada idea nak tulis apa. Ketiga sebab misi menuju berat badan ideal adalah hot hot chicken shit. hahaha. Ye nama pon manusia biasa penuh dengan alasan, excuses and reasons. Semuanya bagi menyedapkan hati sendiri. hahaha..

So sekarang ni kembali menulis sebab kembali dengan misi baru menuju berat badan ideal dengan bentuk badan menarik dengan cara yang sihat. Wah..ada gaya promosi barangan pengurus lansing kan? Ye memang tak betul..Aku memang bukan pengguna barang/supplement/alatan untuk kurus cepat tanpa bersusah payah. Aku memang orthodoks sikit bab nak kurus ni. Lebih kepada menjaga diet dan bersenam. Biarlah lambat pon walaupon tak dinafikan aku adalah juga rasa terpengaruh dan teringin tapi entahlah rasa cam tak berapa nak sihat sangat. Lagipon aku lebih setuju yang kalo kita dapat ubah gaya hidup lebih sihat lebih baik daripada crash diet/makan ubat/supplement etc lepas dah turun dalam masa sebulan dua lepas tu naik mendadak. Buat apa kan? So not worth it.

Yes memang aku diam je kat blog ni tapi aku adalah rajin lah baca informasi tentang nak kurus dan melakukan senaman senaman yang boleh membantu kekurusan. So memula nak cerita yang berat sekarang paling latest dalam 3 hari lepas kot 4/30/14 : 84.7kg. Berat badan ideal untuk aku adalah sekitar 50-55kg. Aku target 55 kg lah. Lebih kurang 30kg lah pukul rata aku kena hilang. Aku adalah nak balik Malaysia dalam hujung bulan 8 tahun ni. Jadi aku adalah nak pulang dengan berat badan ideal. wah gitu so bole ke nak hilang 30kg dalam 4 bulan? Agak drastik sebenarnya penurunan sebanyak itu dalam masa yang singkat. So aku takde lah target nak turun banyak tu. aku ni realistik orang nya. Sbb aku takut aku akan lari dari tujuan, jadi aku buat target berperingkat lah seperti pada  hujung bulan 6 ni berat aku adalah 70-75kg gitu. Okay tak?Harapan bulan 8 nanti dalam 60 kg tapi kalo dapat pecah angka 6 pon dah kira syukur sangat lah.

Apa plan diet aku? Apa plan senaman aku? Perlu diingat  adalah puasa dan raya bakal menjelma. huahuahua.

So aku ni dah tau dah aku kalo bab senaman bole kata power lah. hahaha..semua aku sapu yang aku berkesempatan, Jillian, Insanity, Zumba, Hip Hop tapi yang buat aku kalah adalah makanan. Dan seperti yang semua pendiet tegar atau orang yang dalam proses nak menuju berat badan ideal 80% Diet dan 20% Senaman.

Pic ihsan google



Jadi dengan ini aku nak memulakan lah misi yang baru. Aku masih bertatih. Aku dah tau yang kena makan yang sihat-sihat dan tak sedap. Memang kebenaran yang tak dapat disangkal lagi bahawa tak sedap dan sihat adalah seiring dan seiring dan sejalan seperti sedap dan tidak sihat. huhuhu. Perit dan tabah tapi demi mengubah imej. Wahhh gitu. Aku nak update kat sini apa menu dan senaman aku buat dan progress aku. Oh percayalah aku tau aku mungkin akan update menu yang tak berapa nak clean sangat tapi seperti yang aku kata, I'm still trying to adapt. 32 tahun lidah ni kenal makanan sedap dan tak sihat so please bear with me. As for senaman mostly will be zumba cause yes I do love dancing and dancing with losing calories ain't gonna hurt me right? So aim nak get instructor certificate before going back to Malaysia.

So starting semalam aku aim tak nak makan nasi atau kurangkan makan nasi. Ye nasi tak bersalah aku tau. Bole makan segenggam sehari tapi kalo dah lauk sedap tak kan mampu nak makan segenggam ye dak? So for this first months cuba lah elakkan though I admit I'm still taking other carbs. Sepanjang ni nanti korang akan tengoklah apa ke jenis carbs yang aku amik. hehehe.

Day 1: 5/2/14

Starting weight: 84.7kg

Breakfast; 1 cheese danish : 430 cal
Lunch: 1 beef burger with mayo cheese and salad: 400 cal
Snacks : Ritter Sport Dark Chocolate with whole hazelnuts : 210 cal
Dinner: Mix salad with 1 piece of honey blackpepper chicken : 400 cal

Exercise: nope

As of today

Day 2 : 5/3/14

Breakfast: Cucur bawang : 300 cal

Yang lain belum lagi..nanti update lagi eh. oh yes I'm using myfitnesspal. Pernah turun sampai 75kg tau guna myfitness pal. Lepas tu naik balik. haih la labu..

Bole ke cakap kat orang kalo nampak cam kurus jangan tegur sampai memang betul-betul kurus. Selalu cam lupa daratan kalo orang kata wah dah kurus. Ye itulah yang menjadi permasalahan sejagat masa dah turun 75kg tu. Lepas tu cam selesa dan naik balik 10 kg..huhuhuhu...Lepas ni kena kuat mental lah..nak cakap cheat day jangan jadi cheat year..hahaha..

So basically aku try kawal calories intake dan exercise as well as trying to choose to eat healthier food. Semalam berjaya jamu orang makan nasi ayam tanpa aku sendiri makan nasi ayam. hahahha...itu sesuatu yang kebanggaan tau. Aku bukanlah nak kata aku ni pandai sangat masak tapi aku bole cakap yang aku masak sedap lah. Lagi-lagi kalo ada tempoyak. Buat sambal tempoyak makan dengan nasi panas dan telur goreng mata pon aku bole makan 2 pinggan nasi..huhuhu..tu nak kena bertabah tu.

Okay mari lah kita bersama menuju berat badan ideal :)


Saturday, February 16, 2013

Herbalife vs Eat Clean

Howdy,

Wah tak semena-mena update ni..apakah sudah hilang 2-3 kg..hehehhe..takdelah..saja nak bercerita tentang diet yang tengah berlansung sekarang.

Memang tak dinafikan aku hilang inches dengan begitu signifikan sekali..sekarang dah bole pakai jeans size 14 dek berZumba almost everyday. Tapi berat aku maintain 84.7kg jer..sampai aku pon naik muak dengan nombor itu..hahaha..aku punya diet masa itu adalah, makan macam biasa cuma dinner awal malam sebelum pukul 8malam. Jadi oleh kerana tiada gaya nak menurun berat badan malahan statik, aku sedar aku kena juga ubah gaya pemakanan aku. Ada macam-macam gaya diet yang aku tau, calorie counting, Atkin's, South Beach Diet, Paleo Diet, Low Carbs Diet and so on. Calorie counting aku dah buat, berjaya memang berjaya turun berat badan, the last time yang aku bole turun dekat 10 kilo dalam 2-3 bulan sebab aku buat calorie diet with exercise. tapi hazaban lah jugak sebab aku kelaparan menjadi singa yang menjadi mangsa anak-anak..hahahha..pantang salah sikit mesti kena marah dengan aku..dah lapar kan...memang tahap kesabaran menjadi nipis senipis kulit bawang...huhuhuhu... So aku dah tak buat calorie counting, letih nak mencatit kat myfitnesspal to..heeheh..dasar...

Atkins aku bertahan minggu induction dalam 7-8 hari je..sebab aku duduk kat sini, suka gila buat dessert..memang aku tak bole tahan dessert ..dan gula dan karbo adalah yang paling tak bole dalam Atkins' diet..memang berat bole turun sampai 4-5 kg dalam 2 hari tapi bila ko start makan biasa balik..mendadak la naiknyer..ish..tak bole jadi..tak bole jadi..ye setiap orang berbeza-beza..siapa yang sanggup tahan tak makan nasi, mi,pasta, dessert bole la buat atkin..aku tak tahan..salah aku..

So apa lagi choice yang ada, the latest yang aku discover adalah Paleo diet. Paleo diet ni kira macam makan gaya orang zaman paleolitik makan. Yang mana makanan adalah non process food..ko makan protein, fat, nuts and seeds and veggies. Wah agak menariklah sebab ko bole makan banyak, sebab tak kira kalori, dan veggies yang banyak akan mengenyangkan ko. Veggies adalah leafy green bukan potato atau benda berkanji la.nuts and seeds macam pistachio, almonds, walnuts..Protein adalah ayam, telur, steak..Paleo diet atau lebih dikenali sebagai cara makan bersih@eat clean..memang menarik sebab dia macam ajar ko untuk start a new lifestyle instead ko cuma berdiet dengan tujuan hilang berat badan..tapi dia sama gak macam Atkins takde karbo, gula, coklat..huahuahua...

Tapi aku ada lebihan 3/4 botol herbalife perasa coklat dalam kabinet dapur..so supaya badan aku tak terkejut sangat, maka start dari hari isnin yang lepas bersamaan dengan 11/2/2013 aku telah memulakan lah diet bersama Herbalife. Aku punya cara adalah minum herbalife shake ganti breakfast and dinner. Aku makan nasi dengan control quantity untuk lunch dan aku minum air masak dengan banyaknyer setiap kali rasa lapar. Kemudian kalo tak tahan sangat untuk snack aku makan lauk sahaja seperti ayam atau sayur yang aku masak. Sebab aku tak makan yogurt, tak makan buah, kena lah aku improvise sikit. Jadi bermula dengan 84.7kg selepas 5 hari, perut pon dah accommodate dengan gaya makan aku..berat turun sekilo jadi 83.7kg..whooop :) sekilo seminggu..okaylah kan..dari turun laju-laju lepas tu naik laju-laju..tak ke haru..Habis je herbalife ni, mungkin aku akan start to eat clean or aku dengan sesuka hati akan combine herbalife dengan eat clean..hahahha...

Till then, see you next time:)

Tuesday, November 20, 2012

Aum Cak!!!!

Yeah kembali bersiaran..ye saya masih hidup sihat walafiat:) Cuma tak berupdate blog..

Progress diet atkin..adalah ke laut..hahahha..memang tak dapat menahan diri dari memakan karbo, gula dan sebagainya..(jadi jangan lah nak mengeluh kerana berat tak nak turun dan lambat turun) hehehhe..

Sekarang sudah 2 bulan lebih kembali aktif workout. Buat zumba..oh yeah had so much fun dan sangat fun lebih sebab I've join a fitness here. Ada this so called Piranha Fitness dekat rumah yang aku tinggal sekarang..jalan kaki lenggang kangkung 10 minit, jalan laju, 5 minit je dari rumah..menariklah sangat kan..lagi menarik kelas zumbanya, hanyalah perempuan..lagi menarik pesertanyer biasa-biasa jer..takdelah ko rasa inferior di situ..ada makcik-makcik, ada orang 2 kali ganda saiz ko, ada orang keras tak reti menari..pendek kata ko rasa ko cam best lah..hahhaha..sebab sesama tak pandai:)

Jadual pon menarik. Setiap hari ada kelas. Bole pergi sebanyak mana kelas yang ko mampu. Aku almost everyday pergi. Lagi best ada kelas start kol 5.30 pagi khas untuk early bird:) aku ni takde lah memang awal sangat bangun, tapi alternatif yang baik lah sebab tak menganggu encik suami punya kelas. Cuma kelas yang awal pagi ni hanya ada dua hari je, selasa dan khamis. hari lain, aku pergi lewat petang punya kelas. memang habis berpeluh badan, lebih berpeluh dan lebih penat dari yang aku buat zumba mix dalam exhilirate tu.

Kalo tanya penurunan berat badan, jujurnya aku hanya turun 2 kilo dalam masa 2 bulan ni. Aku rasa sebab aku tak diet sangat. Aku masih makan nasi, masih makan coklat dan minum manis dan makan dessert. Habis aku dah masak, aku surf blog masak, beli buku masak..pastu aku try resepi itu ini, takkan tak makan kan???memula rasalah kan..kalo sedap..ha...licin lah..aduhai..sila ambil iktibar yer...tapi kalo tengok shape..aku rasa banyak sangat inches yang loss, especially perut , peha, lengan..walaupon tak ada bukti bertulis..hahaha..tapi bole nampak lah dari segi seluar yang longgar balik, baju yang tak ke depan sangat dek kerana ditolak perut..huuhuhu..bontot pon dah kecik..hehehe...member yang selalu tengok aku kat kelas tu pon perasan yang aku dah ada perubahan shape..wah seronotlah kan...so aku memang lebih kuatlah berazam untuk control diet..aku at least malam tak makan lah..last makan kol 6.30pm..itu pon sekarang dah nak masuk isyak..hahahha..dan cuba untuk tak makan nasi lah petang tu...tapi sepanjang malam perut berbunyi jer..bangun pagi lapar gile sampai breakfast macam raksasa..hahaha..tapi kalo aku memang nak pergi kelas kol 5.30pagi tu, aku amik juga nasi petang tu..sebab takut nanti tak larat nak berzumba. Kira sekarang nasi sekali sehari lah...pagi breakfast cereal/roti wheat, lunch nasi dan lauk dan sayur, malam roti wheat/cereal.

Aku tak kisah sangat berat lambat turun, yang penting body semakin mantap..hahahha..okay itu je dulu ceritera dari saya..nanti sambung lagi..entah tahun bila lah kan..tunggu turun 2-3 kilo lagi..sebenarnya my azam bulan 3 kena cecah angka 7..sekarang 84-85kg...dah 2-3 minggu kat situ..sebelum tu, duk kat 86-87..haih la badan..kalo ikut BMI memang sahih la terover obese..jadi marilah  kita berusaha...mungkin motivasi terbaru ialah, setiap kali nak makan terlebih jer, ingat kat orang yang susah, yang sedang berperang yang tak cukup makan tu..huuhuhuhu...baru ada rasa insaf sikit kot kan...huhuhu..




Monday, April 23, 2012

Induction Phase

            Blogger dah tukar layout lah..cam terperanjat pulak..ke aku yang lambat tahu??? anyway nak cerita pasal induction phase pulak.

             Induction phase as we already know have to be at least 2 weeks. Tapi kalo lagi banyak berat yang kita nak buang, kita dibolehkan berada di dalam fasa ni up to 6 months. Sepertimana yang kita dah tahu juga, dalam fasa ini, hanya 20g karbohidrat dibenarkan sehari supaya badan dapat berada dalam proses ketosis. Proses ketosis mengambil masa 48hours untuk bermula, maknanya, first day kita start atkins, kita masih menggunakan glukosa sebagai bahan bakar sampai the next day baru start lemak digunakan sebagai tenaga.

             Rules and Regulations:

1. Pastikan minum air paling kurang 8 gelas sehari. Lagi banyak lagi bagus, sebab air membantu meningkatkan metabolisma badan kita..lagi cepat turun berat badan. AIR KOSONG,AIR SUAM, AIR MINERAL SAHAJA.

2. Jangan skip makan. Berlapar tidak akan membantu kita lebih cepat turun badan, hanya menyeksakan dan bole membawa kepada penyakit lain seperti malnourished, gastritis, migraine dan paling bahaya BARAN..Senang nak marah orang sebab kita lapar..eh korang tak ke??aku yer..hehehe..Jadi sila makan at least 3 main dishes, Breakfast, Lunch dan Dinner or can go to small dishes 4-5 times per day.

3. Jangan makan karbohidrat lebih dari 20g sehari.

4. Pastikan balance diet between protein and fat. (more to elaborate dalam list makanan yang bole di makan later on)

5. Jangan makan kekacang atau bijirin selama induction.

6. Kalo ada masalah sembelit bole makan physillium husks or flaxseed (dapat kat farmasi).

7. Elakkan tea, coffee, caffeine, juice, soft drinks. Kepada caffeine addicted, go to decaffeinated coffee.

8. Makan multivitamin tapi not included iron.

9. Guna sweeteners seperti splenda ( sucralose or saccharine) BUKAN gula.

10. Elakkan makan carb yang tersembunyi dalam sos, kuah atau dressings.

11. Jangan makan produk diet yang tiada label "NO CARBOHIDRAT"

12. Jangan tertipu dengan "sugarless", "sugar-free", atau "no sugar added" products, Sebab selalunya ada karbohidrat yang tinggi.

13. Chewing gums, breath mints, ubat batuk, lozenges ada gula atau caloric sweetener..so adalah tidak bagus..jadi kalo boleh elakkan.

14. Banyakkan makan sayuran dan salad hijau.

Sumber : http://www.atkinsdietfreeplan.com/induction.htm

             Selama 2 minggu induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU,OAT dan yang sewaktu dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti Boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sewaktu dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, kacang dhal, sayur kacang buncis, kacang panjang.

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

10.) Elakkan sayur yang berkanji seperti jagung dan kentang.

11.) Elakkan Dairy foods seperti susu, susu low fat, susu manis melainkan cheese, cream cheese dalam kuantiti yang tertentu.

Makanan yang boleh dimakan semasa 2 minggu induction:

1.) Protein foods:

- Ayam - panggang, steam, bakar, goreng asalkan tanpa tepung, madu, gula, sos tiram.

-Daging- panggang, bakar, goreng, steam asalkan tanpa tepung,madu, gula, sos tiram.

-Seafood termasuk ikan, udang, ketam tetapi bukan sotong,tiram, kerang, kupang yang ada kulit keras sebab high carb. Boleh masak ikut selera pastikan kandungan carbs adalah rendah sekali.

-Organ dalaman mempunyai karbohidrat yang tinggi..jadi dicadangkan makan paling banyak pon 4oz sehari.

-Processed meats seperti hotdogs, patties kena tengok lah kandungan carb dan sila limit kuantiti pengambilan.

2.) Sayur: 12-15g carbohidrat per day sepatutnya datang dari sayur. Sayuran hijau paling bagus tapi bukan yang berbentuk kekacang atau yang ada banyak kanji macam kentang.

3.) Cheese: Atkins benarkan dalam 3-4ounces per day dalam 2-3 keping during induction. Termasuk cream cheese tapi bukan fresh cheese, cottage cheese or farmers cheese.

4.) Fats and Oils:

- Olive oil especially virgin or extra virgin, canola oil, peanut oil or vegetables oil semua dibenarkan.

- Butter pon bole asalkan seimbangkan dengan fat jenis lain. Berpada-pada dalam pengambilan.

5.) Air kosong sebanyak mungkin.

6.) Kalo ikut buku atkin diet recipe punya suggestion, bole je minum tea dengan seketul sweetener. Katanya guna gula substitute seperti splenda (sucralose) atau Sweet N Low (saccharine).

Sumber: 1. Saya Nak Kurus

             2. Atkins Diet Information

             3. Low Carb Diet Info

Tak cukup lagi...sila lah beli sendiri buku Atkins..hehehehe...takdelah..gurau jer..aku pon baru sangat, jadi kalo ada sebarang soalan sila ke blog Saya Nak Kurus. Atau bole juga pergi ke sini.

           Apa lagi yang ditunggu???? Mari bermula sekarang...Sebenarnya entri ni amik masa lama nak siap..sedangkan aku dah masuk hari ke 7 dah start diet atkin, dalam fasa induction semestinya..jadi apa cerita ceriti dan apa menu aku??? nantikan entri seterusnya okay :)

Friday, April 20, 2012

Pengenalan Atkin Diet

        Memandangkan aku nak mulakan semula proses penurunan berat badan menuju ideal weight, aku berasa yang aku nak cuba diet cara Atkin. Apa itu diet Atkin??? Bole turun berat ke? Aku sendiri tak pernah cuba lagi..jadi aku tak bole nak komen lagi..tapi ada beberapa blog yang cerita pasal diet atkin ni, dan bole tengok yang diaorang memang berjaya turunkan berat badan dengan cara diet Atkin. Nanti aku kasi link blog yang berkisahkan diet ini.

          Atkins Diet atau nama official adalah Atkins Nutritional Approach telah diperkenalkan dan direka oleh Robert Atkins. Cara diet ini adalah dengan mengurangkan karbohidrat dalam pemakanan seharian. Fasa induksi adalah fasa yang paling kurang sekali pengambilan karbohidrat dalam diet. Ini adalah fasa di mana ketosis berlaku. Apabila karbohidrat kurang dalam badan menyebabkan kurang gula dalam darah yang mana menyebabkan kurang insulin dikeluarkan. Ini akan mengakibatkan perubahan hormon yang memaksa menggunakan lemak tersimpan untuk ditukar jadi tenaga. Kalo sesiapa ingat atau pernah belajar pasal Kreb Cycle bole la paham dengan lebih terperinci pasal proses ketosis ini.

          Atkins diet ada 4 fasa:

1: Induction
2: Ongoing Weight Loss
3: Pre-maintenance
4: Lifetime maintenance

Fasa Pertama: INDUCTION

Induction ni minimum adalah selama 2 minggu. Fasa ni yang paling kurang sekali pengambilan karbohidrat dalam makanan seharian, hanya dibenarkan 20g sahaja. Ini sebab nak pastikan badan masuk proses ketosis yang mana akan menyebabkan lemak diguna sebagai tenaga. Nanti post seterusnya aku cerita lebih tentang apa yang bole makan dan apa yang tak bole makan masa fasa induction ni.

Fasa Kedua: ONGOING WEIGHT LOSS

Fasa ni pulak dah bertambah sikit pengambilan karbohidrat tapi masih dalam kuantiti yang menyebabkan kita masih turun berat badan. Setiap minggu tambah 5g karbohidrat. Fasa ni berlansung sampai lah kita menghampiri target berat badan kita dalam 4.5kg lagi. Jenis pemakanan yang berubah ada 9 jenis.Nanti kita dah sampai tahap ni kita cerita pulak yer.

Fasa Ketiga: PRE-MAINTENANCE

Fasa ni pulak, setiap minggu tambah 10gkarbohidrat daripada pengambilan karbohidrat sebelum ni. Aim adalah untuk tahu kuantiti karbohidrat yang kita perlukan untuk kekalkan berat badan kita. Masa ni dah tak perlu pastikan badan berada dalam ketosis. Kalo dah sampai target weight, kita kekalkan selama sebulan kuantiti pengambilan karbohidrat yang sama sebelum tambah lagi 10g karbohidrat. Ini supaya nak tahu samada kita akan naik berat atau tak dengan apa yang kita consumed. Kalo naik, turun 10g carbs intake. Fasa ini bole berlaku dalam beberapa minggu sampai kita jumpa kuantiti yang betul.

Fasa Ke-Empat: LIFETIME MAINTENANCE

Fasa ini adalah yang mana kita maintain cara pemakanan kita sepanjang diet ni. Supaya takde lah timbul isu nak makan sakan lepas habis diet dan nanti balik semula ke arah obesiti.Kita dibenarkan makan semua jenis makanan tapi bersedia untuk kembali ke fasa pertama bila dah naik berat badan.
Kena pastikan kita sentiasa aware dengan berat badan, timbang every week.

           Ramai orang akan tanya pasal kolesterol tinggi dan tinggi kalori intake. Ada research dibuat terhadap orang yang buat low carb diet dan mendapati diet jenis ini dapat mengurangkan potensi mendapat serangan sakit jantung, mengurangkan LDL cholesterol (kolesterol jahat) dan menaikkan HDL cholesterol (kolesterol baik).

Sumber: Encik Wikipedia

Lupa pulak nak letak link blog mereka yang dah berjaya buat Atkin Diet dan mendapat hasil yang lumayan :)

1. http://www.taknakgemuk.com
2. http://bicikut.blogspot.com

Notakaki: Kalo ada sesapa yang nak tukar link marilah yer...

Wednesday, April 11, 2012

Sebulan Menyepi

            Sebulan menyepi dari blog ini..apa tandanya????tandanya diet adalah ke laut..haih..semenjak yang kononnya nak start Jillian lah, nak treadmill la..hakikatnya??? nan ado..yang ada hanyalah makan, house chores, masak, tido..haih..apa nak jadi???

            Lepas tu takut nak naik penimbang..last naik adalah 2 minggu lepas..masa tu lepas puasa ganti 4 hari..berharap lah tak berat sangat..hamik..81.3kg..apa lah nak jadi kan..main kat situ jer..turun sampai 77 lepas tu naik balik ke 80..aduhai..huhuhuhu..

          Tolong-tolong..serius semangat yang hilang..tak kuat lansung..walaupon memang masih lagi nak capai berat ideal 50kg by this year..nak mencapai susah..nak mantain lagi susah..haih...tapi rasanya kalo dah capai 50kg..mesti lah akan hargai kan????hopefully lah..so sekarang camner????

            Tengok member-member kat Kumpulan Manusia Mahu Kurus kat fb tu..memang jeles dengan semangat dan pencapaian diaorang..ada yang sanggup buat master cleanse detox..tak makan lansung..ganti dengan juice itu ini..erhhhhh tak bole der..mahu aku amukan jer dengan budak dua orang ni...so aku ingat nak join diaorang buat diet telur..makan telur jer..tak makan benda lain..tapi terlambat sebab aku lambat pergi beli telur..aku sekarang kalo nak keluar rumah memikir sepuluh kali..sebab adalah sangat alergik dengan pollens..kalo sekali keluar..hadaplah seharian terbersin, hidung tersumbat, gatal mata, telinga, tekak..errrhhhhh siksa...lepas tu sekarang dah start panas macam summer jer..heh tak menahan rasa cam nak cair..(gaya puteri lilin jer kan :) )jadi terlambat lah nak join...

           Sekarang tengah memikir nih...samada aku patut buat atkins tak? memang aku still breastfeed Adam..tapi Adam bukanlah 100% nursing..dah amik makanan lain semua..cumanya dia punya selera susah sikit..kadang makan,kadang tak berapa makan..bole jer sehari tak makan apa-apa kecuali seketul dua biskut dan selebihnya menyusu..ehm camner tu????ke buat Atkins yang tak strict sangat??

            Aku sebenarnya memang percayalah jaga diet dengan betul dan seimbang diiringi dengan senaman adalah cara yang paling baik untuk turun berat badan..sebab nanti somehow kita alter cara hidup kita so that once kita dah dapat berat idaman, kita akan sentiasa stay dalam kehidupan yang seimbang so takkan timbul masalah berat badan menaik pulak..berbanding kalo kita restrict makanan kita dan sampai dapat berat idaman or sampai satu tahap kita tak tahan dan rasa cam nak balas dendam dan makan semua benda dan tanpa sedar telah menaikkan berat badan dalam berganda-ganda..cumanya, yang aku perasan dalam kaedah diet seimbang, kira diet kira kalori dan senaman..masalah dia adalah ketidaksabaran dan kekecewaan..tak sabar sebab lambat sangat jarum penimbang nak bergerak ke kiri..lepas tu kecewa bila rasa cam dah jaga makan dan dah exercise gila-gila, tapi berat still tak turun atau turun sikit sangat tak seperti mana usaha kita..lepas tu once dah turun berkilo-kilo...tetiba bole naik dengan senangnya kalo tak jaga makan dalam seminggu..kerja menurunkan berat yang amik masa 3 bulan bole dimusnahkan dalam masa seminggu..paham tak perasaan tuh????mahu tak kecewa??frust menonggeng???aargggghhhhh...

           Iyer itulah yang aku alami..so sekarang memang aku teringin nak cuba cara baru..tapi tulah rasa tak berapa nak kuat sangat..nak cuba produk itu ini..ehm budget takde dan tak tahu keberkesanan dan aku still nursing so risau effect kat budak pulak..kalo kat Amerika ni, beribu jenis cara diet, pill, serbuk sampai pembedahan untuk turun berat badan..tinggal duit ada ke tak jer...berkesan atau tak pon tak tahu sebab effect bergantung pada individu kan.. ada orang sesuai produk yang A, ada orang sesuai produk B.

          Maka, insyaAllah esok dan lusa aku nak habiskan posa ganti aku..so mungkin next week aku akan start diet Atkin cara aku..yess aku akan alter sikit mengikut kesesuaian..so yes I know I won't expect aku akan turun berat banyak sangat..but at least turun lah..that's what important...hopefully I will success..pray for me my dear friends...

         Okay, during this weekend will study the whole Atkin thingy :) Supaya aku tak rasa segan nak update berat kat Diet 30KG..yup aku tak update pon untuk bulan mac sebab adalah menaik ke berat asal..apakah kan???eh bole tak aku nak salahkan aku inject perancang keluarga???hahahahha..nak juga salahkan sesuatu melainkan diri sendiri..haih manusia kan???

         Okay ladies and gentleman...lets start our engine :) yeeeeeeehhhhhaaaaaaa

Saturday, March 10, 2012

Progress Diet

            Selamat Bertemu Kembali:)

            Setelah seminggu berazam..apakah progress diet aku??? hahahahhaa nanado..sebab nyer adalah kena serangan selsema..kena demam selsema sakit badan selama 2 hari tapi sekarang still batuk dan hidung tersumbat dan masih sneezing... Alhamdulillah, buat cuci dosa kecik:)

           Jadi bila hilang deria bau, harus hilang selera makan..tapi aku makan jugaklah..dan tidak exercise sebab tak larat dan cam takde mood..Hari ini dah hari ke4 aku tak exercise..Bagus..memang satu progress ke belakang..huhuhu...risau ni risau...

          Berharapan sesangat yang mood akan datang dalam masa terdekat..hopefully by monday dah bole mulakan exercise dan diet bebetul...

          Argghhh tolong penimbang be nice with me:)