Sudah lama sedar tentang perlunya aku menurunkan berat badan..lebih kurang sebulan ke 2 bulan lepas adalah sedikit semangat itu..masa tuh takdelah aku diet sangat,cuma pastikan dinner before 8pm dan buat pussycat dolls workouts 2-3 times per week.Hasilnya memberansangkan jugak,aku turun beberapa lbs dah sentuh digit 8 dah..lepas itu tak semena-mena aku telah sakit pinggang gara-gara tersalah postur masa buat workouts maka aku rest..dan rest itu adalah sampai sekarang..ditambah dengan makan sesuka hati menyebabkan naiklah balik berat badan.Lepas itu, semangat pon menghilang....
Nasiblah
kak zel buat contest ini,menyebabkan semangat kembali naik:) Jadi mari kita cerita sedikit apa kisahnya dengan program ini.
PROGRAM DIET 50 HARI
SYARAT-SYARAT PROGRAM
1- Program akan bermula pada 13/6/2011 dan tamat pada 1/8/2011.
2- Yuran penyertaan = RM20.00 seorang.
3- Peserta perlu mempunyai berat melebihi 50kg.
4- Kemenangan berdasarkan LWP (Lose Weight Percentage) tertinggi.
5- Perlu update makanan yang dimakan. Menu-menu yang best untuk dikongsi, gambar timbangan berat mingguan. At least seminggu 2-3 kali pun cukup.
6- Perlu hantar gambar (full) + gambar timbangan kepada penganjur mulai 2/6/11 hingga 11/6/11
7- Timbangan mingguan adalah pada pagi Isnin dan perlu diberitahu kepada penganjur sebelum 5.00 petang.
3 kali gagal update = anda tersingkir.
8- Boleh makan produk diet lain.
9- Hari AHAD = free day :)
10- Boleh tarik diri atas alasan munasabah. Cthnya kalau production susu ibu saya menurun dengan teruknya, maka saya akan tarik diri kerana anak saya lebih penting dari segala-galanya :)
ANDA AKAN TERSINGKIR JIKA
1- Berat naik 3 kali
2- Tidak update berat sebanyak 3 kali
3- Anda mengandung @ sakit parah
4- Anda tak snap gambar & tak update lansung blog tentang program ini.
5- Anda buat liposuction
DIET PLANNING
1- Sila kira kalori makanan anda. Jangan melebihi 1200 cal sehari
(rujuk di http://www.myfitnesspal.com)
cth -
sarapan = cornflakes 1 cup + susu low fat = 250cal
lunch = nasi + ikan goreng + sawi rebus = 360cal
snack = karipap 2 ketul = 260cal
dinner = sup sayur + 2 potong tembikai = 240cal
TOTAL = 1110 cal
2- Nasi hanya boleh diambil 1 kali sahaja 1 hari = 1 cawan (200cal)
3- Kurangkan minyak, garam, gula, msg. Kalau masak sendiri kat rumah, sila tinggalkan bahan-bahan tersebut.
4- Minum air masak 2 liter 1 hari
5- Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran
Sikit je diet planning kali ni..
Ni kira pandai-pandai sndr la bab-bab lain..
Boleh google.. surf apa yang patut..
Kita sumer bukannya baru pun dlm arena diet-diet ni..
Sumer dah kira otai..
TARGET UTAMA = TURUNKAN BERAT
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN = 10 JUN 2011 ~ dah tutup pon~
Aku copy paste jelah alkisah contest ini dari kak zel :) Nanti aku cerita pasal myfitnesspal pulak okay :)