Penurunan Berat Badan!!!!

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Monday, July 25, 2011

Minggu Ke 7 @ 25/7/2011

Alhamdulillah menurun jugak yippeeee

179lbs= 81.2kg
            Syukur alhamdulillah :) Selepas seminggu berhempas pulas dengan workout yang bermacam-macam jenis..turun jugak itu berat..bukanlah sebelum ni tak turun..tapi pada kadar yang seciput..kali nih..boleh sampai 4 lbs :) hehehee..dah 81.2 kg..minta-minta pada hari last timbang next week adalah mencecah angka 7 pulak...:)

            Mengikut kiraan kak zel a.k.a puan penganjur PD50...aku antara yang tercalon untuk menang dengan lose weight percentage menghampiri 10%. Kalo total lost aku adalah 12 kg..ada besar lah harapan..setakat minggu ini aku punya total lost adalah 21lbs = 9.5kg. Kira kalo nak menang, this week kena turun 3.5kg....hahahahahhahaarapan lah dek non oooiii...cam tak tercapai dek akal ku sajork..walaupon tak dinafikan aku akan berusaha keras ke arah itu :)

          Dalam sedar tak sedar dah menghampiri ke penghujung dah episod PD50 ini kan..tapi usah sedih usah risau wahai kalian semua..kerana episod untuk menguruskan badan akan disambung ke Program Diet Ramadhan (PDR) juga dianjur oleh kak zel..tak cukup satu program, program yang kedua aku join adalah Program Edisi Ramadhan Syawal (PERS) pulak dianjur oleh puan nadia.

          Besarlah harapan aku untuk menurunkan berat badan pada bulan Ramadhan ini ke arah mencapai angka 6 pada penghujung program iaitu bersamaan 1 Syawal...kan best kalo lepas 1 Swayal ada lagi sesapa nak anjur program diet..senang sikit eden nak mengekalkan semangat jitu mencapai 50kg...

No comments:

Post a Comment