Petang semalam daku tersentak bila ditanya oleh encik suami, apakah niat daku nak kurus???? Walaupon terperanjat dengan soalan tak terduga..tapi jawapan haruslah hebat..ehmm niat kerana Allah.
Seriously, masa memula nak start program memang nak kurus jer..tahu nak kurus jer..capai berat ideal..supaya hilang semua busy bee yang selalu menghurung telinga memperkatakan tentang betapa 'sihat', betapa gemuk, betapa berisi, betapa huduhnya...dan blablablabla yang sengangkatan dengannya..Tak pernah terpikir atau terlintas sepatutnya semua yang dilakukan adalah kerana Allah. Cissss...sungguh lemah iman aku ini...hanya kerana desakan dan tekanan sekeliling jadi lain pulak niatnya kan...ceit....mungkinkah sebab itu susah sangat nak kurus????walaupon kalo nak diikutkan ini adalah kali pertama aku betul-betul mencuba untuk kurus.
Maka terima kasih tak terhingga kepada my beloved hubby sebab telah menyedarkan aku yang tak sedar ini. Jadi sekarang aku sudah pon membetulkan niat aku..errr mulai saat ditanya oleh encik suami..hehehe..niat nak kurus adalah kerana Allah...yang pertamanya..kemudian barulah diikuti dengan sebab-sebab keduniaan lain..hehehe..seperti:
1. Sebab kesihatan...alhamdulillah bila dah ada penurunan berat sepanjang program ini, aku dapat rasa yang aku lebih cergas..sikap malas nak angkat bontot bila dah duduk semakin berkurangan..kalo tak mesti lah orang lain jadi mangsa amik barang kalo aku dah selamat duduk..hehehe.. lepas tuh bolelah tolerate kalo nak suruh aku naik tingkat atas beberapa kali sehari..kalo tak cukuplah turun sekali di waktu pagi, naik nanti nak tido jelah..hahahha....
2. Sebab aku pon penuh dengan perasaan terasa hati dan malu bila tengok ipar duai slim jer, adik beradik slim, kekawan slim, tapi aku ehm kaw-kaw punya gems...lepas itu bila kena sound memang hangat lah hati kan...huhuhu...bila hangat jadi rebel terus tak nak kurus..hahahha..itu dulu lah..sekarang dengan penuh rasa busuknya, aku memang nak kurus sampai 50kg dan kekal slim..supaya bila disambut kat KLIA lagi 3 tahun nanti semua terbeliak biji mata, takleh nak kata apa...:p...ceit niat cam haram..tapi sebab diaorang pon tka hagak-hagak kan bila berkata-kata...heehhe...
3. Sebab senang sikit nak beli baju kurung siap..atau pakaian secara online tanpa ragu-ragu yang nanti tak muat pulak..hahahhaa..walaupon terlintas nak pakai kebaya..tapi memang takkan lah kan...
4. Sebab slim itu adalah cantik...dan perempuan mana yang tak suka kelihatan cantik :)
Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha untuk kurus, dengan niat kerana Allah dan ingat yang kasi kita kurus adalah Allah..semoga dengan pembetulan niat ini dapatlah aku berat badan ideal itu...50 kg.
Wassalam:)
niat 1 tue mmg betul..yg lain2x agree sekali :-)
ReplyDeleteThanks Mia. Sama2 kita berusaha:)
ReplyDelete