Maka sampailah sudah ke penghujung PERS. Sepanjang PERS ini berat badan cam sekejap menaik sekejap menurun..tak begitu konsisten..mungkin sebab bulan ramadhan dan bulan syawal kot..masa bulan ramadhan sedap lah turun berkilo-kilo sebab berpuasa, walaupon kekadang menu berbuka boleh membunuh..hehhee..tapi masuk jer syawal..memang hancus lah diet..sebab beraya kan..bagi aku yang duk jauh di seberang benua ni pon,walau takde banyak open house..tapi rumah sendiri punya masak pon bole tahan..kalo tak masak rendang, kuah kacang, ketupat, lemang, kuih raya dan segala juadah lain..tak berasa pulak macam beraya kan..nanti sedih pulak teringat kat Malaysia..dah lama lagi baru dapat balik..jadi kenalah kasi meriah dengan masakan..dah meriah memasak..mestilah meriah jugak memakan...muahkahkah..
Kalo tanya pendapat pasal program ini, aku memang suka sukilah..sebab sekurang-kurangnya, walau diganggu dengan keenakan makanan sempena syawal..sekurang-kurangnya ada program ini untuk kasi aku berwaspada..timbang tiap-tiap minggu dan compete dengan kengkawan maya yang lain..at least kalo naik berat badan takdelah melampau dan takdelah sedih sebab tengok ramai member naik..hehehhe..
Sememangnya lita sebagai manusia memang nak kena ada motivasi baru nak bole berjaya dengan cemerlang kan..jadi aku rasa program ini pon salah satu motivasi untuk aku turunkan berat badan aku lah untuk aku mencapai berat badan ideal 50 kg..(heh bila lah tu)
Okay sesudah panjang lebar ulasan, pendapat semua..tibalah masanya untuk final weigh-in..berjaya kah aku menurunkan berat 2.6 kg itu menjadikan berat kepada 70kg di akhir PERS??????
Jeng
Jeng
Jeng
161lbs = 73kg |
Eh lupalah gambar full body..takde orang nak amik lah..pepagi ini encik suami sudah ke kelas..nantilah petang eh..dan lagi...ucapan terima kasih daun keladi kepada Puan Penganjur kerana menganjurkan program diet ini..kerana dapatlah aku continue diet aku dari PDR..walaupon kali ini cam diet ke laut, exercise ke laut..huhuhu...terima kasih kepada rakan sesama diet dengan komen dan nasihat dan dorongan samada anda sedar atau tidak semuanya menjadi motivasi untuk aku menurunkan berat badan..
Semoga Puan Penganjur, aku dan semua rakan diet sekalian akan dapat meneruskan perjuangan untuk mencapai berat ideal :)