Saat dapat notifications kat iphone pasal FB newsfeed, sajalah menjenguk kan..rerupanya kak zel dah umumkan nama pemenang PD50.
Tak ku sangka...tiba-tiba..hati berdebar..saat mata bertentang nama....(baca macam lagi Dua by KRU) Tersenarai sebagai pemenang tempat ketiga :) Alhamdulillah, menang jugak..dah lama tak masuk pertandingan..hahaha..dan tak sangka adalah boleh dapat nombor 3 :)
Walaupon tak dapat jadi pemenang pertama dan sekaligus tak dapat kunci Homestay Sri Embunan Emas yang menjadi taruhan utama, tapi sangat gembira sebab berjaya turun kan berat badan sehingga 10 kg selepas 50 hari :) Rasanya ini adalah hadiah yang paling best lah yang pernah dapat. Tak sangka semangat aku cukup kuat untuk berdiet dan exercise demi menguruskan badan dan berjaya menempuhi Program Diet 50 Hari itu dengan jayanya.
Tempat PERTAMA
JueRayyan dengan LWP 17.86% dan penurunan 12.5kg
Tempat KEDUA
Conchita dengan LWP 11.8% dan penurunan 9.5kg
Tempat KETIGA
Halimatun Saadiah dengan LWP 11.03% dan penurunan 10kg
Aku tersenyum sampai telinga..sebab rasa cam wah berbaloi-baloi penat lelah aku selama ini..Sesungguhnya menu aku adalah tak berapa diet, masakkan aku seperti biasa iaitu kekadang ada sambal tumis ikan bilis, goreng ikan kicap,masak kari dan yang sewaktu dengannya..tapi yang pasti aku hanya makan untuk lunch sahaja dengan nasi selalunya 1/4 atau 1/2 mangkuk. Pagi-pagi memang aku minum Herbalife, alhamdulillah bole tahan rasa kenyang sampai lunch, lepas itu, untuk dinner aku makan roti honey wheat dengan kaya atau jem atau peanut butter. Kadang-kadang adalah terbabas makan 1 mangkuk atau termakan nasi jugak waktu malam, tapi aku memang pastikan kalori under control..aku memang log in memanjang myfitnesspal untuk keep track calories yang aku amik.
Disamping itu, aku adalah exercise macam orang gila..hahahha..Setiap hari aku exercise, busuk-busuk pon aku buat line dancing selama 50 minit sehari. Itu kira kalo malas gila lah, tapi selalunya aku exercise banyak jenis. Almost everyday adalah treadmill..aku pastikan burn at least 250 calories selama 30 minit. Ooh aku adalah tak larat lari sepanjang 30 minit, paling terbaik aku bole buat lari 1-2 minit lepas tu brisk walk 1 minit then sambung lari..laju pon setakat 4-4.3mph dengan incline 2. Petang-petang masa awal-awal 30 hari, aku adalah buat JM Shred in 30 Days. Serious walaupon aku rasa tak larat nak buat, tapi bagus dvd dia, sebab siap complete dari cardio, toning sampai abs selama 20 minit. Tapi dah habis 30 days, aku pergi cari TBL Cardio Max, sesaja nak ubah angin..aku buat dekat 5 hari kot, lepas tu berubah arah ke dancing with the stars, diikuti Zumba dan line dancing. Macam begitulah lebih kurang alkisah exercise aku..sampai suami aku siap suruh berehat sekejap sebab aku nampak cam dah penat jer..tapi aku kata, nope till aku dapat 50kg..then I'll slow down..selagi belum, silalah tabah menghadap aku yang akan berlari dan menari :)
Walaupon mungkin gambar aku yang sebelum dan selepas tak berapa ketara berbeza, tapi hakikatnya ada agak banyak perbezaan. Aku punya jeans dah turun 2 size, kira bolelah membeli jeans baru..tapi aku rasa nak tunggu 50 kg baru nak beli yang baru semua:) Masa anniversary encik suami beli baju tidur saiz M, sila percaya aku muat okay, tapi memang ikut badanlah, seksi gitu...wah..tak kusangka...
Sebab dah menang tempat ketiga untuk PD50, rasa lebih bersemangat waja nak turunkan berat untuk PDR dan PERS ini...jadi semua mari kita berusaha..kita semua adalah pemenang tiada pengalah ~ Vince AF1~
Terima kasih tak terhingga kepada terutama sekali kak zel sebab anjurkan program ini..yang telah menjadi titik tolak ke arah perjalanan menurunkan berat badan aku menuju berat ideal 50kg. Terima kasih kepada semua rakan seperjuangan PD50, kerana tanpa anda semua mesti aku adalah tak bersemangat seperti ini. Setiap minggu waktu update berat adalah waktu yang memang aku nanti sebab nak tengok siapa turun paling banyak dan berapa dan bagaimana..
Wahhh ucapan bagai macam menang artis paling popular pulak..hahahaha...Okay, dah jumpa lagi di next entry :)