Howdy,
Wah tak semena-mena update ni..apakah sudah hilang 2-3 kg..hehehhe..takdelah..saja nak bercerita tentang diet yang tengah berlansung sekarang.
Memang tak dinafikan aku hilang inches dengan begitu signifikan sekali..sekarang dah bole pakai jeans size 14 dek berZumba almost everyday. Tapi berat aku maintain 84.7kg jer..sampai aku pon naik muak dengan nombor itu..hahaha..aku punya diet masa itu adalah, makan macam biasa cuma dinner awal malam sebelum pukul 8malam. Jadi oleh kerana tiada gaya nak menurun berat badan malahan statik, aku sedar aku kena juga ubah gaya pemakanan aku. Ada macam-macam gaya diet yang aku tau, calorie counting, Atkin's, South Beach Diet, Paleo Diet, Low Carbs Diet and so on. Calorie counting aku dah buat, berjaya memang berjaya turun berat badan, the last time yang aku bole turun dekat 10 kilo dalam 2-3 bulan sebab aku buat calorie diet with exercise. tapi hazaban lah jugak sebab aku kelaparan menjadi singa yang menjadi mangsa anak-anak..hahahha..pantang salah sikit mesti kena marah dengan aku..dah lapar kan...memang tahap kesabaran menjadi nipis senipis kulit bawang...huhuhuhu... So aku dah tak buat calorie counting, letih nak mencatit kat myfitnesspal to..heeheh..dasar...
Atkins aku bertahan minggu induction dalam 7-8 hari je..sebab aku duduk kat sini, suka gila buat dessert..memang aku tak bole tahan dessert ..dan gula dan karbo adalah yang paling tak bole dalam Atkins' diet..memang berat bole turun sampai 4-5 kg dalam 2 hari tapi bila ko start makan biasa balik..mendadak la naiknyer..ish..tak bole jadi..tak bole jadi..ye setiap orang berbeza-beza..siapa yang sanggup tahan tak makan nasi, mi,pasta, dessert bole la buat atkin..aku tak tahan..salah aku..
So apa lagi choice yang ada, the latest yang aku discover adalah Paleo diet. Paleo diet ni kira macam makan gaya orang zaman paleolitik makan. Yang mana makanan adalah non process food..ko makan protein, fat, nuts and seeds and veggies. Wah agak menariklah sebab ko bole makan banyak, sebab tak kira kalori, dan veggies yang banyak akan mengenyangkan ko. Veggies adalah leafy green bukan potato atau benda berkanji la.nuts and seeds macam pistachio, almonds, walnuts..Protein adalah ayam, telur, steak..Paleo diet atau lebih dikenali sebagai cara makan bersih@eat clean..memang menarik sebab dia macam ajar ko untuk start a new lifestyle instead ko cuma berdiet dengan tujuan hilang berat badan..tapi dia sama gak macam Atkins takde karbo, gula, coklat..huahuahua...
Tapi aku ada lebihan 3/4 botol herbalife perasa coklat dalam kabinet dapur..so supaya badan aku tak terkejut sangat, maka start dari hari isnin yang lepas bersamaan dengan 11/2/2013 aku telah memulakan lah diet bersama Herbalife. Aku punya cara adalah minum herbalife shake ganti breakfast and dinner. Aku makan nasi dengan control quantity untuk lunch dan aku minum air masak dengan banyaknyer setiap kali rasa lapar. Kemudian kalo tak tahan sangat untuk snack aku makan lauk sahaja seperti ayam atau sayur yang aku masak. Sebab aku tak makan yogurt, tak makan buah, kena lah aku improvise sikit. Jadi bermula dengan 84.7kg selepas 5 hari, perut pon dah accommodate dengan gaya makan aku..berat turun sekilo jadi 83.7kg..whooop :) sekilo seminggu..okaylah kan..dari turun laju-laju lepas tu naik laju-laju..tak ke haru..Habis je herbalife ni, mungkin aku akan start to eat clean or aku dengan sesuka hati akan combine herbalife dengan eat clean..hahahha...
Till then, see you next time:)
No comments:
Post a Comment