Penurunan Berat Badan!!!!

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Showing posts with label Segmen Penaja PD50. Show all posts
Showing posts with label Segmen Penaja PD50. Show all posts

Friday, July 29, 2011

Segmen Penaja: CuCuCamber Plus Size Style

         
              CuCuCamber Plus Size Style adalah kedai yang menjual pakaian untuk wanita yang bersize plus plus seperti aku :) Kesian kat orang bersize plus macam kita ni, kalo nak pegi kedai yang biasa-biasa mesti adik salesgirl tu pandang lain macam kan...kalo ada yang tak bernasib baik..mesti kena perli cakap takde saiz anda dijual di sini...huuhuhuh..biasalah tu lumrah kehidupan...Jadi sekarang jangan susah hati, berasa malu dan segan kerana sudah ada kedai ini yang menjual baju besar dan murah...

           Kalo pon kita jumpa kedai untuk badan bersaiz besar, mesti mahal kan..sebab katanya kena extra kain, jadi mahallah harganya..tapi yang best dekat http://cucucamber.blogspot.com/ adalah murah..boleh dapat 2 helai dalam RM 100.





     
            Macam-macam ada..seperti tops, skirts, long sleeve tops, outfit yang bergaya untuk ke office, pants dan yang sewaktu dengannya..

             Maka silalah yer rakan-rakan seperjuangan yang masih belum sempat turun berat untuk membeli belah di sini.

Monday, July 25, 2011

Segmen Penaja: The Cheapest Village

            Menghabiskan hutang-hutang segmen penaja sebelum berakhinya PD50..ini adalah penting okay sebab orang memberi kita merasa..orang berbudi kita kenalah pandai-pandai berbahasa..jadi kengkawan PD50..sesapa yang tak buat lagi segmen penaja..jangan buat-buat lupa okay...dah tinggal kurang 7 hari lagi dari hari penutup...walaupon mungkin kita tak menang..at least hargailah sponsor-sponsor hadiah ini..supaya next time nak lagi jadi sponsor..yang mana tahu next time itu..kita adalah pemenangnya...hehehehe...

          Eh terpanjang pulak mukadimah..biasalah amik feel petang-petang camni. Okay straight to the point..kedai online kali ini menjual pelbagai jenis barang dengan harga yang memang murah..memang sepadanlah nama cheapest village itu.

         Kedai ini jual :



             Aku dah browse, dah usha dah survey..barang-barang yang di jual di sini adalah benda-benda yang ko nak tapi susah gak nak cari kat kedai..seperti kalo ko nak tutup botol kicap kan..dengan penutup vakum..aaahhh boleh dapat kat sini..atau ko nak sangkut barang kat dalam kereta...silalah membeli penyangkut kereta ini.


           Sapa yang suka baking cake and cookies..mesti selalu encounter resepi suruh pisahkan telur putih dan telur kuning kan..akhirnya ada rupanya orang cipta  barang untuk melakukan perkara itu..


            Bohsan makan telur goreng mata bentuk bulat???nak bentuk star???boleh juga dapatkan di sini..


             Pendek dalam panjang kata, macam-macam lah yang boleh korang ketemu di sini.



             Best kan?????korang berminat???okay..apa lagi silalah terjah ke:



Thursday, July 21, 2011

Segmen Penaja: Melatis' Sweet Confectionary

           Kedai Melatis' Sweet Confectionary menjual pelbagai jenis apam dari polkadot ke blossom dan soon akan ada apam mekar..sekarang kalo agak-agak rasa nak makan apam..senang ajo..bolelah melawat ke SINI. Memang lah kalo pegi pasar malam ada gak jual apam kan..tapi sebab tak tahu sedap ke tidak maka lebih baik sajork singgah ke KEDAI INI..tak perlu lagi merasa ragu-ragu akan kesedapannya :)




             Selain menjual apam, juga terdapat kek..korang cakap nak kek apa..kek kawin???ada..siap boleh buat bertingkat-tingkat lagi..seperti gambar kat bawah ini, 3 tingkat babe..sedap, cantik..tak perlu susah-susah pening kepala nak pikir nak tempah mana kek kawin..kalo saya tahu masa saya kawin dulu..saya tempah kat sini...
              Selain daripada kek kawin, juga bole tempah kek birthday yang cantik-cantik..yang boleh letak muka kita atau muka orang yang disambut birthday..seperti selalunya muka anak yang tercinta lah kan..boleh buat kartun babrie doll dan sebagainya..cantik menarik ko memang ka boom lah kiranya.


            Juga ada jual cheese tart..serius ini adalah my favourite..memang sedap..jadi jangan malu jangan segan silalah singgah ke KEDAI ini untuk membuat tempahan, nak belek-belek apa yang boleh di tempah.

             Kak mah jugak ada jual coklat sebenarnya..kalo nak tahu lebih lanjut silalah menyinggah ke


            Apa lagi..sempena syawal yang bakal menjelma..silalah buat tempahan dari awal :)

Monday, July 11, 2011

Segmen Penaja: Mama.and.kids Junction

            Pertama sekalinya terima kasih kepada puan penaja a.k.a Puan Ena Misdi kerana sudi menaja voucher untuk pemenang PD50. Oh dan puan penaja juga adalah salah seorang peserta PD50.

            Mama.and.kids junction adalah:
  • An online shop owned by a multitasking mom with 4 kids.
  • Selling baby gears, toys, travel system, kids furniture and nursing equipments etc
          Ianya beroperasi dari bandar Singa tapi served orders to whole Malaysia and Singapore also.

            Ada stroller yang preloved dan brand new..yang penting adalah berjenama hebat-hebat dengan harga berpatutan. Yang aku tak menahan bila tengok yang untuk twin..memang menarik..sebab walaupon aku bukan beranak kembar..tapi dua orang budak ini adalah rapat sangat lahirnya..sudah seperti beranak kembar pulak..especially bila berjalan shopping makan angin..memang terasa nak rembat je stroller twin..

         Selain stroller, juga ada car seat yang memang comfy for our dear children..for their safety..cantik..memang best..dan yang best sebab hanya perlu beli dari rumah..hahahaha...pilih-pilih..buat sesapa yang baru mengandung dna tercari-cari barang kelengkapan untuk baby yang bakal lahir..wajibul ghunnah gitu menjenguk kedai ini.


            Seperti yang kita semua sudah sedia maklum akan kebaikan susu ibu..jadi amatlah digalakkan untuk semua bakal-bakal ibu, samada ibu yang baru nak pertama kali jadi ibu atau ibu yang nak dapat anak yang kedua, ketiga dan seterusnya untuk menyusukan baby dengan susu ibu. Tapi mesti terdengar sok sek sok sek kata susah sebab kerja kan..oohh zaman sekarang yang penuh teknologi ini, sudah ada breastpump ma..ever heard about it..tak pernah tengok, pernah tengok tapi harga mahal..okay sila buka kedai ini sebab bole jumpa pelbagai jenis dan bole tanya harga untuk kesesuaian financial kita.


            Lagi ada jugak tempat tidur baby..okay kalo macam kat hometown aku kat Jerantut,Pahang..susah betul nak cari katil baby yang elok, teguh dan bole tahan lama. Yelah budget beli sekali bole guna berkali-kali kan. Kalo ada pon harga mak aih..mahal bebenor..tapi tak ku sangka bole membelinya di sini.



            Pendek kata, apa sahaja yang korang rasa nak beli untuk persiapan menyambut baby atau memperlengkapkan lagi apa-apa keperluan yang belum lengkap berkaitan baby and kid..memang elok sangat lah menjengah kedai ini..memang sesuai sesangat..

           Kalo nak berbincang pasal harga, nak tanya details barang, bole lah contact owner dekat Facebook atau pon email mama.and.kids@gmail.com. Senang cite jengah la:


           Selamat membeli belah :)

Tuesday, July 5, 2011

Segmen Penaja: Tudung Lovely Gift

           Seperti biasa di hari minggu adalah sesi penaja kepada Program Diet 50 Hari. Kali ini adalah tudung d'Zahra. Tudung ini dijual secara online bagi memudahkan kita semua daripada terpaksa mengharung panas, hangit dan reramai orang kat kedai-kedai :) Maka untuk kemudahan bersama klik sahaja di  SINI.



           Tudung ini mempunyai kain berkualiti tinggi..maksudnya tak perlu risau nanti kain berbulu lepas mesin, tak perlu risau nanti jadi serong senget benget sebab tak ikut muka..hehhee...senang cerita memang bestlah tudung ni. Tudung yang digemari oleh orang yang suka nak senang tapi nampak cantik..sebab sarung sahaja dah terletak elok :) 

          Kain adalah tak panas. Ada jenis lycra, ada jenis cotton..you just have to click HERE dan membuat pilihan ikut sesuka hati sendiri :) Ada pelbagai corak, warna..macam aku suka yang plain..pon ada jugak..see..semua ada..hanya dengan satu klik :)


             Dan ada lagi korang semua mesti tengok cite Nur Kasih kan???? cantik jer kan tudung si Tiz tu..cam wonders pulak apa kehal lah dia yang tak pakai tudung tapi bila pakai cantik jer....ooowwww now I know the secret...tudung d'Zahra rerupanya..no wonderlah..cantik terletak..cun melecun jer...







            Jadi apa lagi...boleh klik ke http://lovelygift77.blogspot.com/ atau like mereka di facebook di sini.

Selamat Membeli Belah Semua :)


         

Saturday, June 25, 2011

Segmen Penaja: Cupcake Kak Asmah

            Kali ini pasal penaja hadiah lagi..:) Okay kak Asmah ini adalah penjual cupcake..Cupcake beliau comel-comel belaka..Sekarang zaman orang menggunakan cupcakes dan muffins ad doorgift especially untuk kerja nikah kawin, birthday party, seminar..sebab senang dan memudahkan :) Kalo kasi hiasan cam nanti entah ke mana hala dicampak kan..jadi kasi makan cupcake kenyang juga perut tu kan.

            Sangat lah mengecurkan air liur menengok cupcake kak asmah ini..apakan daya saya kena turunkan berat hampir 40 kg lagi..dan duduk pon nun jauh diseberang maka memang tidak dapatlah mengorder akan cupcake comel lote itu..tapi bagi anda semua yang berada di Malaysia, jangan susah hati..bole buat tempahan kepada:

Asmah Cupcake,Nilai,N.Sembilan.
Sila email kepada are_mah84@yahoo.com atau sms/call 013-3405131 untuk tempahan/quotation harga.

           Mari cuci mata pilih mana yang menarik okay..oh ye ada perisa berbeza untuk cupcakes samada chocolate atau vanilla, bagi buttercreams samada vanilla atau orange manakala muffins bole mintak perisa vanilla, chocolate, blueberry atau strawberry.












              Untuk lebih maklumat : http://asmahcuppycake.blogspot.com/

Huish menguji iman buat entry cupcake ini tau..hohohoho..Jadi bolelah menempah :)

Segmen Penaja: Embunan Emas Homestay Kulim

             Hari ini kita cerita pasal salah satu hadiah yang bakal dikecapi oleh pemenang Program Diet 50 Hari ini, iaitu penginapan 2 hari satu malam di Embunan Emas Homestay Kulim.

             Memang sangat cozy dan menarik dan best lah kalo menengokkan rumah yang disediakan ini.

Pemandangan dari luar

Dalam Bilik

Toilet; kalo bagi aku first thing yang aku nak pastikan toilet yang bersih dan bole dipakai..ada paip air kat tepi mangkuk :)

Mempunyai ruang parking yang luas

Ruang Tamu
              Memang teramat sesuai lah kalo datang berjalan satu family, sangat selesa..malahan kalo ada extended family pon bole, sebab empunya homestay kata bole tampung 25-30 orang. Atau mungkin ada student kolej nak buat research ke, survey ke..ha..bolelah try contact owner homestay ini.. Bole nak buat discussion pon kat ruang tamu yang luas. Juga ada dapur, bole masak jadi bole jimat :) Tapi kalo datang bercuti, sapa mahu masak di dapur..mestilah mahu meronggeng sajork right????

             Selain itu, kalo rasa cam nak berpiknik di tepian sungai siap ada air terjun, bole lah ke Air Terjun Junjung yang terletak 5-10 minit perjalanan dari homestay. Waaahhh baik punya pakej kan?????



           Rasa cam teruja tak???? Interesting kan????So apa lagi kalo dah terjejak kaki ke Kulim, dari mahal-mahal duduk hotel tuh, apa kata ke homestay saja :)


Lokasi Embunan Emas Homestay :
Pekan Junjong, Kulim Kedah D.Aman
Hanya Rm150- RM280 / malam.
Hubungi: Hj. Shafer - 0195634838
Hjh. Minami - 0164048388
En. Eiz - 0124488998
Aemie-0124707224

Check it out on your own at http://seriembunhomestay.blogspot.com/

Saturday, June 18, 2011

Segmen Penaja: Kedai Kain Online Kak Miah

           Sekarang ini semenjak menjadi zaman teknologi, semua barang pon boleh beli online. Apatah lagi kalo setakat nak beli kain pasang, kain ela dari fabrik yang silk atau cotton..senang sahaja..duduk depan pc/laptop dan tekan keyboard, tengok-tengok dan order..nanti seminggu dapatlah kain yang  diorder..insyaAllah..


          Tapi sekarang trend Cotton, maka kepada sesiapa yang teringin nak cuba pakai baju cotton sempena lagi 2-3 bulan nak raya pose ni, apa kata kita jengah kedai kain kak miah ini. Memang cantik menarik tertarik kau memang kaboom..serius cantik..kain pon cotton jadi sejuk lah pakai kan..Harga yang berpatutan..Takkan lah nak kualiti baik tapi harga sepasang RM10-15 kan..tidakkah melampau itu kawan-kawan????

          Aku pon memang tertarik, kalo sekarang berada di malaysia sah-sah dah order sepasang dua. Tapi sebab duduk kat seberang benua kan..huhuhu..lagipon selain daripada buat baju kurung, kain ini juga sesuai buat apron, nursing cover, sarung tilam dan bantal. Jangan risau sebab kat kedai kain ini, kita boleh order ikut panjang mana kita nak, tak perlu nak order tepat-tepat 4 meter..hendak-hendak kalo orang bertubuh berisi macam aku nih, mana muat guna kain 4 meter kan..jadi bole lah order 5 meter.


              Kain-kain ini semua ada macam-macam jenis dari Japanese, English sampai ke European Cotton. Tambah menarik sebab selain jual kain, kedai kain kak miah ini jugak boleh jahit terus baju kurung hangpa semua..jadi tak perlu pikir-pikir lagi nak beli kain kat tempat lain, nak tempah kat kedai lain..beli kain kat dia, tempah baju pon kat dia. Nanti bila bungkusan pos sampai boleh lah cuba terus baju raya itu:) See mudahkan????


              Jadi rasanya tak perlu lagi kita bersusah payah menapakkan diri ke Jalan TAR atau gedung Euro Moda dalam keadaan cuaca yang panas ini, dengan beberapa klik sahaja dibawah air-cond maka kita akan dapat sepasang dua baju kurung cantik..

              Mari jengah KEDAI KAIN ONLINE KAK MIAH:)