Penurunan Berat Badan!!!!

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Showing posts with label PD50. Show all posts
Showing posts with label PD50. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

Senyum Sampai Ke Telinga :)

           Saat dapat notifications kat iphone pasal FB newsfeed, sajalah menjenguk kan..rerupanya kak zel dah umumkan nama pemenang PD50.

           Tak ku sangka...tiba-tiba..hati berdebar..saat mata bertentang nama....(baca macam lagi Dua by KRU) Tersenarai sebagai pemenang tempat ketiga :) Alhamdulillah, menang jugak..dah lama tak masuk pertandingan..hahaha..dan tak sangka adalah boleh dapat nombor 3 :)

            Walaupon tak dapat jadi pemenang pertama dan sekaligus tak dapat kunci Homestay Sri Embunan Emas yang menjadi taruhan utama, tapi sangat gembira sebab berjaya turun kan berat badan sehingga 10 kg selepas 50 hari :) Rasanya ini adalah hadiah yang paling best lah yang pernah dapat. Tak sangka semangat aku cukup kuat untuk berdiet dan exercise demi menguruskan badan dan berjaya menempuhi Program Diet 50 Hari itu dengan jayanya.



Tempat PERTAMA
JueRayyan dengan LWP 17.86% dan penurunan 12.5kg

Tempat KEDUA
Conchita dengan LWP 11.8% dan penurunan 9.5kg

Tempat KETIGA
Halimatun Saadiah dengan LWP 11.03% dan penurunan 10kg

              Aku tersenyum sampai telinga..sebab rasa cam wah berbaloi-baloi penat lelah aku selama ini..Sesungguhnya menu aku adalah tak berapa diet, masakkan aku seperti biasa iaitu kekadang ada sambal tumis ikan bilis, goreng ikan kicap,masak kari dan yang sewaktu dengannya..tapi yang pasti aku hanya makan untuk lunch sahaja dengan nasi selalunya 1/4 atau 1/2 mangkuk. Pagi-pagi memang aku minum Herbalife, alhamdulillah bole tahan rasa kenyang sampai lunch, lepas itu, untuk dinner aku makan roti honey wheat dengan kaya atau jem atau peanut butter. Kadang-kadang adalah terbabas makan 1 mangkuk atau termakan nasi jugak waktu malam, tapi aku memang pastikan kalori under control..aku memang log in memanjang myfitnesspal untuk keep track calories yang aku amik. 

            Disamping itu, aku adalah exercise macam orang gila..hahahha..Setiap hari aku exercise, busuk-busuk pon aku buat line dancing selama 50 minit sehari. Itu kira kalo malas gila lah, tapi selalunya aku exercise banyak jenis. Almost everyday adalah treadmill..aku pastikan burn at least 250 calories selama 30 minit. Ooh aku adalah tak larat lari sepanjang 30 minit, paling terbaik aku bole buat lari 1-2 minit lepas tu brisk walk 1 minit then sambung lari..laju pon setakat 4-4.3mph dengan incline 2. Petang-petang masa awal-awal 30 hari, aku adalah buat JM Shred in 30 Days. Serious walaupon aku rasa tak larat nak buat, tapi bagus dvd dia, sebab siap complete dari cardio, toning sampai abs selama 20 minit. Tapi dah habis 30 days, aku pergi cari TBL Cardio Max, sesaja nak ubah angin..aku buat dekat 5 hari kot, lepas tu berubah arah ke dancing with the stars, diikuti Zumba dan line dancing. Macam begitulah lebih kurang alkisah exercise aku..sampai suami aku siap suruh berehat sekejap sebab aku nampak cam dah penat jer..tapi aku kata, nope till aku dapat 50kg..then I'll slow down..selagi belum, silalah tabah menghadap aku yang akan berlari dan menari :)

             Walaupon mungkin gambar aku yang sebelum dan selepas tak berapa ketara berbeza, tapi hakikatnya ada agak banyak perbezaan. Aku punya jeans dah turun 2 size, kira bolelah membeli jeans baru..tapi aku rasa nak tunggu 50 kg baru nak beli yang baru semua:) Masa anniversary encik suami beli baju tidur saiz M, sila percaya aku muat okay, tapi memang ikut badanlah, seksi gitu...wah..tak kusangka...

              Sebab dah menang tempat ketiga untuk PD50, rasa lebih bersemangat waja nak turunkan berat untuk PDR dan PERS ini...jadi semua mari kita berusaha..kita semua adalah pemenang tiada pengalah ~ Vince AF1~ 

             Terima kasih tak terhingga kepada terutama sekali kak zel sebab anjurkan program ini..yang telah menjadi titik tolak ke arah perjalanan menurunkan berat badan aku menuju berat ideal 50kg. Terima kasih kepada semua rakan seperjuangan PD50, kerana tanpa anda semua mesti aku adalah tak bersemangat seperti ini. Setiap minggu waktu update berat adalah waktu yang memang aku nanti sebab nak tengok siapa turun paling banyak dan berapa dan bagaimana..

             Wahhh ucapan bagai macam menang artis paling popular pulak..hahahaha...Okay, dah jumpa lagi di next entry :)

Monday, August 1, 2011

Selepas 50 Hari!!!!

            Tahniah-tahniah kepada diri sendiri dan rakan-rakan seperjuangan yang lain kerana telah berjaya menempuh 50 hari program diet. Tahniah dengan pencapaian diri sendiri, walaupon mungkin berat yang turun tak sebanyak rakan-rakan yang lain..tapi yang pasti membawa perubahan pada penampilan diri sendiri.

            Maka pada hari penimbangan yang terakhir bagi PD50, berat aku adalah 178lbs = 80.7kg. Berbanding dengan berat last week adalah 179lbs = 81.2kg.Syabas-syabas..tepuk bahu sendiri..apa nak dikata..sebab eh tetiba di waktu sahur tadi menyedari adalah peyod..memang hari itu ada jugak sekali turun 500gm jek, masa itu pon peyod jugak..jadi kali ini pon nak salahkan peyod gak lah..hahahha..walaupon sebenarnya adalah terbabas 2 malam makan lebih pukul 9, gara-gara lewat exercise pada petang hari..huhuhu...

178lbs = 80.7kg
             Sorry sangat, gambar blur sikit sebab amik sendiri..hehehhe..haih ingat kan bolehlah cecah angka 7..huhuhuhu..sedih eden..kalo camni nampaknya selepas Ramadhan tak tahulah berapa kilo je bole turun...kalo cecah angka 6 pon dah baik...

             Sebenarnya adalah terkilan jugak, sebab masa hari rabu ke khamis gitu, aku timbang adalah 174lbs...haih la berat kenapa lah susah sangat nak turun..ingat kan boleh lah turun 4lbs minggu ini. huhuhu..mengharap je lah...

              Jadi sempena dengan berlabuhnya tirai PD50, maka tersingkaplah tirai PDR pulak...maka bermulalah PDR dengan berat yang sama 80.7kg. Semoga lepas sebulan ini adalah mencecah angka 69.9kg..eh boleh ke turun 10 kilo weh????okay-okay 75kg lebih realistik.

Monday, July 25, 2011

Minggu Ke 7 @ 25/7/2011

Alhamdulillah menurun jugak yippeeee

179lbs= 81.2kg
            Syukur alhamdulillah :) Selepas seminggu berhempas pulas dengan workout yang bermacam-macam jenis..turun jugak itu berat..bukanlah sebelum ni tak turun..tapi pada kadar yang seciput..kali nih..boleh sampai 4 lbs :) hehehee..dah 81.2 kg..minta-minta pada hari last timbang next week adalah mencecah angka 7 pulak...:)

            Mengikut kiraan kak zel a.k.a puan penganjur PD50...aku antara yang tercalon untuk menang dengan lose weight percentage menghampiri 10%. Kalo total lost aku adalah 12 kg..ada besar lah harapan..setakat minggu ini aku punya total lost adalah 21lbs = 9.5kg. Kira kalo nak menang, this week kena turun 3.5kg....hahahahahhahaarapan lah dek non oooiii...cam tak tercapai dek akal ku sajork..walaupon tak dinafikan aku akan berusaha keras ke arah itu :)

          Dalam sedar tak sedar dah menghampiri ke penghujung dah episod PD50 ini kan..tapi usah sedih usah risau wahai kalian semua..kerana episod untuk menguruskan badan akan disambung ke Program Diet Ramadhan (PDR) juga dianjur oleh kak zel..tak cukup satu program, program yang kedua aku join adalah Program Edisi Ramadhan Syawal (PERS) pulak dianjur oleh puan nadia.

          Besarlah harapan aku untuk menurunkan berat badan pada bulan Ramadhan ini ke arah mencapai angka 6 pada penghujung program iaitu bersamaan 1 Syawal...kan best kalo lepas 1 Swayal ada lagi sesapa nak anjur program diet..senang sikit eden nak mengekalkan semangat jitu mencapai 50kg...

Monday, July 18, 2011

Timbangan Minggu 6 @ 18 July 2011

            Mungkin sepatutnya tidak menimbang sebelum seminggu..sebab akibatnya akan depresi bila timbang betul-betul pada hari Isnin. Mana tak depresi kalo timbang 2 hari lepas dah cun sangat 180lbs=81.6kg..tetiba bila timbang di pagi Isnin adalah 183lbs=83kg...yakni kurang 900gm je dari minggu lepas..

          Tension, sakit hati dan sedih...sob sob sob...nak ikutkan minggu lepas adalah almost hari-hari puasa sebab adalah mengganti puasa kan...berbuka cam ala kadar jer rasa. Baru semalam jer tak puasa...dah naik...mencik tahu...kalo nak ikut dah workout jugak..pose pose pon tetap buat JM sebelum berbuka...haduhai...apalah nasib ini..sebab berpuasa maka hanya buat JM je lah tak mampu pulak nak naik treadmill. Selain itu adalah terperangkap dengan line dancing..so habiskan sejam jugaklah berline dancing.

        Itu yang frust bila rasa cam dah cuba dah tapi result adalah teruk...haih macam exam final pulak...hish...adakah perlu itu mendetox kan diri????mungkin jugaklah..dan harus tukar gaya pemakanan...right???? haih....mencik......

183lbs=83kg
             Marilah terus berusaha...huhuhuhu....

Monday, July 11, 2011

Timbangan Minggu 5 @ 11/7/2011


185lbs = 83.9kg
              Alkisah, gambar yang memula tu  kan tak berapa nak clear sangat..jadinya, letaklah gambar yang di edit...bolelah nampak kan..185lbs minggu ini..minggu lepas 189lbs..turun 4lbs sajork..jadilah..walaupon agak terkilan..sebab....

            Sebab kan, masa pagi sabtu aku timbang adalah 183.5lbs..lepas itu petang tuh, gatal-gatal ajak encik suami buat barbeque...aku telan 2 chicken wing, 1/2 t-bone steak dan bihun goreng...I guess the real evil yang bihun goreng itu..sebab aku memang sangat suka dengan bihun goreng..makan beragak tapi dua kali makan..mahu tak naik..malam itu aku timbang adalah 189lbs..what...serius aku down...

          Pastu esoknya, iaitu hari ahad, aku pose..oohh aku adalah lagi pose ganti yang belum habis ganti..almaklum berpantang bulan pose tahun lepas...muahkahkah..so, petang tu pulak, aku gigih jugaklah buat JM..walaupon serius aku rasa nak nangis malah memang menangis di bahu hubby sebab aku rasa aku cam orang gile dah control makan, buat JM hari-hari walaupon pose, tapi dek termakan lebih sikit je, berat aku bole naik cam tu sekali...huhuhuhuhu..sungguh rasa down...

       Lepas tu pagi tadi nak timbang pon aku cam resah gelisah..membayangkan berat yang statik kan...tapi alhamdulillah..aku timbang pagi tadi adalah 185lbs..adalah turun kalo compare dari minggu lepas tapi adalah naik kalo tengok hari sabtu itu hari...huhuhuhu

       Hari ini pon adalah berpuasa jugak...lagi 8 hari kot kalo tolak hari ini..haduhai...dan JM sudah naik level 3 hari ini..fuhhh..tak tahulah mampu ke tak..sebab dah tengok dah hari tu..memang lagii susah...huhuhu..

       Apa-apapon..semoga berat terus menjunam ke bawah....huhuhu..mengejar angka 7 by the end of the program...insya Allah.

Thursday, July 7, 2011

Timbangan ke 4 @ 4 Julai 2011

189lbs= 85.7kg
            Apa kes lah kan lambat bebenor minggu ini nak update gambar timbangan..sebab sempena independence day on 4th july, maka weekend itu ada sale..hehehe..kat sini kalo ada sale jangan ragu-ragu sila pergi membeli belah..kalo kat Malaysia, dia macam naikkan harga and then buat sale..sedangkan jual pada harga biasa gitu..tapi kat sini, kalo tak sale memang tahan rasa jelah nak beli barang. Jadi bila kata ada sale, mari berpusu-pusu membeli belah walaupon takde duit..hahahaha..

          Tapi sale kali ini kurang memberansangkan lah..sebab yang betul-betul sale kat coach jer..itu jelah yang aku rembat sebiji..ingat nak angkut sekotak correlle yang telah lama menjadi idaman kalbu..tengok-tengok harga tak turun..ehm tunggu blackfriday je lah..baru berbaloi-baloi. Eh apa ni cite sales pulak..hahahha..tak itulah alkisah kenapa tak update gambar berat di pagi Isnin sebab ke San Marcos Premium Outlet..Hanya sempat timbang dan amik gambar sahaja. Update berat kat Fb lepas tu terus siap-siap nak ke premium outlet.

         Jadi alkisah minggu ini turun 5lbs iaitu 2.2 kg..jadilah kan..maka sudah terang lagi bersuluh lah kan, sebab minggu lepas adalah period kan..maka berat turun 500gm je..minggu ini agak memberansangkan... mintak-mintak minggu depan lagi turun sebab adalah tengah puasa ganti ni ha...


          Susahnye berat nak turun..tapi senang sangat nak naik..huhuhuhu..okey sekian :)

Thursday, June 30, 2011

Asbab Tak Update Menu...

Ayam masak kicap

Nasi Goreng Ayam'



Cici's Pizza
              Cer tengok gambar kat atas..itulah pon menu tidak diet dari aku..aduhai ...walaupon aku amik sikit jelah..kira memastikan kalori adalah dalam kawalan...tapi rasa cam segan lah nak letak menu kan.. tunggu next week, dah beli barang basah..nanti aku masak masakan diet..bolelah kita sharing caring the recipe together dengan kalori eh.

              Dah masuk 20 hari kita dalam program ini kan...aku masih lagi rajin update myfitnesspal..sebab nak mencapai cita-cita 50kg bukan mudah...bila update, tengok kalori dlaam kawalan, letak kalori burned masa exercise..pastu dia kata expected berat dalam 5 weeks..waaahhhh tu yang kasi semangat tuh..walaupon sekarang tak turun berkilo-kilo...macam rasa down jugak..tapi demi 50 kg..akan ku gagahi jugak..

             Semenjak dua menjak yang baru sehari dua ni, kita dinner dengan 2 keping roti wheat..ehm tak sangka bole tahan perut dari merayu-rayu sampai the enxt morning..oohhh i loike :)

             Semoga dapat turun lah berat dengan memberansangkan minggu ini..Cuma terasa seperti pengeluaran susu berkurangan lah..terpaksalah minum horlicks...huhuhu..

Notakaki: Gambar dirembat dari google..so kepada owner gambar minta halal yer..malas nak amik gambar sendiri..huhuu

Monday, June 27, 2011

Update Berat Minggu ke 3 @ 27/6/2011

            Ehm takpastilah kira ni munggu ke 3 kot kalo kira hari first adalah minggu pertama. Anyway, terasa agak keciwa dengan penurunan berat badan yang slow motion itu..sebab bila compare dengan kekawan lain yang turun berkilo-kilo..walaupon aku dah expect perkara ini akan berlaku..tapi masih mengharap ada magikal happens...okay sila sedar no magik-magik okay..semua realiti..

          Kalo minggu lepas turun sampai 5lbs..maka minggu ni hanya turun 1lbs..1lbs bah...hanya 500gm..dari 195lbs ke 194 lbs iaitu 88.4kg ke 87.9kg...huahuhauahhuahua...marilah menangis beramai-ramai...apa cer weh??? kekonon buat treadmill lah, JM 30 days shred lah, PCD workout somemore...tengok turun cenggitu..okay perhaps my diet lah..sebab minggu ni cuma less intake tapi masakan semua yang hazaban..seperti ayam masak merah, sambal tumis telur, mee goreng..hahahhaha..adoi..lagi mau bising ka..adui apa ada hal punyer???bak kata acai..hehehehe...

          Ehm bole tak kalo nak salahkan sekarang adalah tengah period..kalo tak silap pengetahuan..kalo tengah period memang berat cam degil-degil je nak turun..sebab tengah proses water retention..betul tak???malas pulak nak cari info..

           Tengok kekawan yang buat atkins diet, tak beragak turun 2-3 kilo seminggu..ehm membuat daku rasa sangat terpengaruh nak buat juga..rasa bole kot tak makan nasi..cuma agak-agak effect tak pada susu????tengoklah..minggu ni study atkins diet habis-habisan..insya Allah minggu depan try buat..target habis 50 hari ini cecah angka 7...biarpon hanya 79.9kg..tapi kalo 75kg pon dah bersyukur dah..


194lbs = 87.9kg


                Tapi workout akan tetap ku buat..sebab badan rasa sihat, ringan (bluwekkk perasaan jer weh) dan bertenaga...

Friday, June 24, 2011

Slow Jer Update Minggu Ini!!!

             Slow sahaja update minggu ini kan???cam cool je blog ini sudah..bukan apa..mungkin sebab penat kot..bangun pepagi jejak treadmill, lepas itu minum air kosong 2 gelas..anak-anak dah bangun..teurs nak kasi mandi atau siapkan lunch..selalunya mandikan diaorang dulu, lepas itu baru lah sibuk-sibuk sedia barang nak masak untuk lunch.

             At the same time nak kena layan Adam yang nak menyusu dan ketangisan Adam sebab terpisah oleh gate di dapur..hohoho..aduhai..cabaran bebenor nak memasak..alangkan duduk oversea, kalo kat Malaysia lama dah makan kedai sajork..hehehe..takdelah memasak adalah my passion..hahahaha..which explains very much my weight..huhuhu..

            Lepas siap lunch semua bagai...bolelah nak melepas lelah..sampai kol 6 petang..bermula la workout pulak..memula buat JM 30 days shred lepas tu buat PCD..fuuhhhhh...padan la muka kan...sapa suruh gemoks..kan sekarang hazaban nak menguruskan badan...terpaksa buat semua itu..

           Tapi hikmah disebaliklah, tolak tepi penat dan sakit-sakit badan masa 2-3 hari awal buat workout...badan rasa ringan (rasa jer ringan bukan betul-betul ringan,hahahaha) rasa segar..rasa best lah..

           Kalo tanya pasal diet aku....ehm aku serius tak mampu nak masak berjenis-jenis sedangkan yang nak makan 2 orang je kot. Jadi aku kira asal tak lebih kalori, aku telan je lah masakan seperti ayam masak merah dan sambal telur goreng. Tapi aku amik kuantiti sedikit sangat, dan amik nasik 1/2 cawan atau 1/4 cawan..sekarang tengah kehabisan stok ikan..kalo tak bole jugak buat ikan bakar..tunggu next week baru bole makan ikan balik..ooh sebab kalo nak beli barang halal dan ikan yang seperti ikan kembung atau tenggiri, kena pergi Houston..yang dalam 2 jam dari tempat aku..

            Itulah alkisah minggu ini..Alhamdulillah masih berada dalam kawalan kalori makanan..tapi takut lah nak naik penimbang..sebab takut tak bergerak..haduhai..sure disappointed kan kalo dah beria exercise dan diet tapi berat plateau ...semoga menurun jugaklah barang sekilo dua...

            Weekend weekend jugak..diet harus jaga :)

Monday, June 20, 2011

Malu..Malu...Timbangan Pagi Isnin 20/6/11

            Bangun pepagi, selepas membuang segala 'toksik' dengan penuh semangat bergegas ke tingkat atas nak naik penimbang..berdebar-debar...

            Minta tolong encik suami amikkan gambar..katanya 190lbs..wah 190lbs..berapa kilo kah itu???cepat-cepat convert..pergh..86.1kg tuh..kalo tolak dari berat asal 4.6kg tu turun...woooot wooot bersorak panjang, sambil tengok gambar sambil gembira..terus bersemangat naik treadmill sampai 28 minit..sambil berkira-kira kalo camni cepatlah nak capai target 50kg...waaahhhhh gembiranya..tak sabarnya..nak tengok rupa baru...waaahhh tu yang tak sedar dah 28 minit berlari tuh..

          Lepas tu, Adam dah jaga..budak ni kalo dah jaga alamat memang tak boleh nak buat apa lah aku ini..sebab dia nak berkepit je dengan aku..aku tak dapat nak update blog, sebab dia nak tolong ketuk keyboard sekali..tak dapat nak update gambar kat fb..cuma sempat announce kat fb kekonon aku turun 4.6kg..serius teruja dengan pencapaian diri..walawehhh....

         Pastu sebentar tadi sebab encik suami dah habis presentation projek,dia balik untuk lunch dan lepak kejapan..maka dapatlah nak update gambar dan blog..memula gi lekat gambar kat fb..sekali aku tengok bebetul di tengahari ini dengan mata yang cerah, nampaklah cehhhhhh rupanya 195lbs je...ooopppssss terkecoh pulak kat fb..huhuhuhu...MALU MALU...sorry lah ingat 4.6kg rerupanya 2.3kg jer..confirm berat air tuh...

        Maka kesimpulannya, melepaslah hadiah mingguan (walau bukan itu yang menjadi tujuan) tapi orang kata pembakar semangat gitu...aaaaaahhhhhhhh MALU seh...cis...halabau betul... maka berat sekarang adalah 88.4kg...okey kengkawan usaha lagi lah nampaknya yer....


Notakaki: ini yang terasa nak beli digital weight machine...baru terang benderang..tak gitu????

Saturday, June 18, 2011

Menu Day 4 :)

            Hari ini aku masak kari ayam madras. Kari ini ala-ala kari mamak buat makan dengan roti canai..perghh sedap..Jangan risau kalori aku kira untuk per serving dengan gaya aku masak adalah 342 kalori..hahahaha..memang banyak..tapi bolelah kalo dah tak tertelan makan singgang, sup dan pindang..lagipon aku tak berapa nak larat nak memasak untuk 2 orang tapi kena masak 2 lauk..aduih...

            Kesian jugak kat tok laki aku, asyik kena makan makanan berkuah kosong gitu, walaupon dia kata dia minat sesangat, tapi aku tengok nasi tak habis sokmo 2 hari aku masak 3 pot..jadi terpaksa la aku tukar menu. Ooh mungkin sebab aku makan 1 cawan nasi je sehari..hahaha..sebelum ini bercawan-cawan..huhuhu..

          Mari kita kongsi resepi, resepi ini aku jumpa kat kak nor..kak nor pulak amik dari umah kak dayang jack. Thanks to both of you dan izin paste resepi yer..


Bahan-bahan :

* 8 ketul ayam (aku guna 5 ketul paha ayam)
* 100 g ubi kentang (dipotong wedges) (aku guna 2 biji kentang)
* 10 g bawang putih (dihiris halus) ~ lebih kurang 3 ulas
* 20 g bawang merah (dihiris halus) ~ lebih kurang 2 bj
* 15 g halia (dihiris) ~ lebih kurang 1in
* 4 sb minyak sapi (aku guna vegetable oil 4sb untuk tumis)
* 1 helai daun pandan (disimpul)
* 5 sb rempah kari daging
* 1 sk serbuk jintan putih
* 1 sk serbuk jintan manis
* 1 biji jus limau nipis
* 4 biji buah keras (rendam dan kisar) ~ K.Nor tumbuk jer (aku takde,maka tak letak)
* 1 cawan yogurt ( DJ guna 3/4 cawan buttermilk) (aku memang letak yogurt,boleh cari yang low fat)
* 1 cawan air
* 1 cawan susu cair (DJ guna 1/2 cawan shj) ~ K.Nor pun (aku letak secawan susu low fat)
* 1 sk serbuk pati ayam
* 1 tangkai daun kari (DJ added) ~ K.Nor letak gak(aku tak letak sebab takde)
* garam dan gula secukup rasa
* bahan tumis : 2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga & 2 cm kulit kayu manis

Cara-cara :

1. Bancuh serbuk kari daging, jintan manis dan jintan putih dgn secawan air. Ketepikan.
2. Panaskan minyak sapi, tumis bahan rempah, bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari hingga naik bau.
3. Masukkan pes kari. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam, daun pandan, ubi kentang, pati ayam lalu dikacau selama 4 minit. Tuangkan sedikit air, buah keras dan susu cair. Masak hingga ubi kentang empuk.
5. Masukkan yogurt, air limau nipis dan perasakan dgn garam dan gula.

           Pesanan penaja: Yang italic adalah aku punya notes..menjadikan resepi ini berkalori 342 sahaja..

          

             Walaubagaimana pon kalori aku adalah terlebih sedikit pada hari ini..huhuhu..sebab aku adalah perlu minum horlicks untuk booster..okay-okay esok cuba kurangkan..


            



     

Thursday, June 16, 2011

Update Hari ke 3

           Alahai mesti lewat sokmo update daripada orang lain kan..huhuhu...tapi kiranya hari ke-3 tak pose pon sebab tak bangun sahur..ditambah menyedari yang susu kurang..dahlah diet, nak pose lagi..naya kat Adam..kasi booster dulu baru bole sambung pose..

           My booster adalah horlicks..alhamdulillah senang jer..minum secawan sebelum tido..kalori dalam 150 kot. Menu for lunch and dinner semalam adalah ayam bakar. Tapi lupa nak amik gambar lah..nanti bila buat lagi aku tepek gambar dan resepi okay.

           Sekarang dah bole buat exercise hari-hari..oh yeah..sebab alhamdulillah dah berjaya membeli treadmill..tapi dah lama kot tak berlari kan..dah berapa tahun last jogging masa dok kat ipoh..tu pon sekali dua jer..mahu tak semput sekarang ni..masa memula start baru bole lari 11 minit jer..itu pon paling laju 4mph..baru dapat burn 57 kalori..then semput..belum start buat pussycat doll workout atau sit up..nak kena start lah ni..

          
               Okay sila berusaha lagi..ehm hutang entry penaja hadiah..nantilah..Adam tengah menangis-nangis nak attenttion..

Wednesday, June 15, 2011

Berpuasa Di Hari Ke 2

             Ooh yeah..semalam berpuasa, puasa ganti masa tahun lepas lahirkan Adam di awal bulan pose..huhuhuu..silalah mengganti dengan berhemah..tinggal 12 hari lagi..sekarang kan summer..hampir 14 jam tau pose..huhuhu..hazaban lah jugak..subuh masuk kol 5.04a.m, maghrib pukul 8.29p.m. Tak ke cabaran??? Tapi yang bestnye, senang nak kawal diet..

            Semalam buat bihun soup, sebab check kalori kalo makan satu mangkuk dalm 300 lebih je kalori. Sudahlah tak sempat nak sahur, sebab Adam dok mengendeng je..minum air masak je beberapa teguk. Walaupon di tengahari merasa nak sangat berbuka, tapi alhamdulillah berjaya menghabiskan pose itu. 

            Lupa pulak nak snap gambar bihun sup. Tapi kiranya semalam terlebih rendah pulak kalorinya. Itupon siap minum milo ais, makan biskut hup seng dan minum horlicks sebelum tido.


            Semoga dapat berpuasa pulak pada hari berikutnya...

Walaweh Dah Day 3 of Contest!!!

            Aduhai sorry lah sesangat..termendiamkan diri pulak dari ini blog..bukan apa biasalah busy..hahaha klise betul..semalam telah berposa tanpa bersahur melainkan beberapa teguk air..sampai separuh hari dah melepek..itu yang tak berupdate blog tu..huhuuh..hari ini pon ingat nak posa gak, tapi sebab tak terbangun sahurnya, maka tak jadilah..sahur ini selain untuk kasi tenaga sepanjang hari, yang lebih penting adalah keberkatannya, sebab memebezakan antara puasa orang Islam dan orang kafir..itu dia sedikit tazkirah di tengah hari ini.

           Jadi berbalik kepada lunch dan dinner pada Day 1 hari itu..memula ingat nak masak ikan kukus..tetiba telah bertukar menu kepada masak singgang..sesungguhnya, aku memang bukan peminat masakan singgang, atau pindang atau sup..tapi sebab itu adalah antara menu yang sesuai untuk orang diet, maka aku pon menyahut seruan diet,mengorbankan nafsu makan aku..huhuhu..

          However, sungguh lah memeranjatkan sebab masa aku sedang memasak, aku dapati cam enaknya bau singgang ini, dan aku pon makan berselera jugak, kalo tak kenang diet, menambah nasi aku rasa..muahkahkah...

Ikan Salmon Singgang
               Here comes the recipe which is the combination from chef hanieliza and IJN website. Ooh motif guna ikan salmon, sebab itu jelah ikan yang ada dalam peti..lagipon mana aku nak cekau ikan tongkol/tenggiri kat sini..nan ado..huhuhu..by the way, for me the taste quite good lah..tapi encik suami kurang suka..hahhaa..

Resepi Ikan Salmon Singgang (1 serving, per 1 person)

Ingredients:

Sekeping ikan salmon dalam 4oz
Bawang merah 3 ulas, dihiris
Bawang putih 3 ulas, dihiris
Halia 1 inci, dihiris
Lengkuas 1 inci, dihiris
Kunyit hidup 1 inci, dihiris
2 keping Asam keping
Cili hijau dan merah sesedap rasa,potong 2
Air 150ml
Garam secukup rasa

Methods:

Rebus air bersama semua bahan-bahan dihiris sehingga mendidih.
Letak ikan ke dalam air rebusan bersama garam dan cili, tunggu sehingga ikan masak.
Perasakan masin dan masam.

*Selalunya masakan macam ini, kalo dah masak pagi, petang baru sedap makan,sebab dah sebati gitu.

            Aku makan untuk lunch dan dinner bersama dengan nasi. 1/2 cawan nasi tengahari dan 1/2 lagi masa makan malam. Makan malam sekarang sebelum pukul 8. Kalo lapar dalam kol 10mlm, makan biskut hup seng atau minum milo sahaja.

Itu nasi bersama bayam rebus air.
             Mari tengok kiraan kalori pada Day 1.


               Okaylah,not bad kan...see you next day.

.

Monday, June 13, 2011

Starting Weight and Good Morning Peeps :)

             Selamat pagi semua:) oh yeah saya baru pagi sedangakn kekawan lain kat Malaysia dah nak ucap selamat malam dah. Jadi saya memang akan terlewat sikit lah mengupdate berat di pagi Isnin dan mengupdate menu pada sepanjang hari ini.

Sama je dengan berat sebelum ini 200lbs = 90.7kgs
             Haila berat susahnye nak turun...walhal dah exercise dah main badminton lagi..huhu..ini yang rasa nak beli treadmill ni..huhuhu...mahalnye lah weh..

             So breakfast early morning adalah 1 cup cornflakes cereal with 1/2 cup low fat milk with a little amount of raisin. Tapi tak mampu nak habiskan pon, 3/4 sahaja lepas masuk perut..huhuhu..

155 calories
              Lunch nanti most likely steam salmon..so nanti kite share recipe and calories :)

Sunday, June 12, 2011

Pencetus Semangat!!!!

            Sudah lama sedar tentang perlunya aku menurunkan berat badan..lebih kurang sebulan ke 2 bulan lepas adalah sedikit semangat itu..masa tuh takdelah aku diet sangat,cuma pastikan dinner before 8pm dan buat pussycat dolls workouts 2-3 times per week.Hasilnya memberansangkan jugak,aku turun beberapa lbs dah sentuh digit 8 dah..lepas itu tak semena-mena aku telah sakit pinggang gara-gara tersalah postur masa buat workouts maka aku rest..dan rest itu adalah sampai sekarang..ditambah dengan makan sesuka hati menyebabkan naiklah balik berat badan.Lepas itu, semangat pon menghilang....

            Nasiblah kak zel buat contest ini,menyebabkan semangat kembali naik:) Jadi mari kita cerita sedikit apa kisahnya dengan program ini.


PROGRAM DIET 50 HARI

SYARAT-SYARAT PROGRAM

1- Program akan bermula pada 13/6/2011 dan tamat pada 1/8/2011.

2- Yuran penyertaan = RM20.00 seorang.

3- Peserta perlu mempunyai berat melebihi 50kg.

4- Kemenangan berdasarkan LWP (Lose Weight Percentage) tertinggi.

5- Perlu update makanan yang dimakan. Menu-menu yang best untuk dikongsi, gambar timbangan berat mingguan. At least seminggu 2-3 kali pun cukup.

6- Perlu hantar gambar (full) + gambar timbangan kepada penganjur mulai 2/6/11 hingga 11/6/11

7- Timbangan mingguan adalah pada pagi Isnin dan perlu diberitahu kepada penganjur sebelum 5.00 petang. 3 kali gagal update = anda tersingkir.

8- Boleh makan produk diet lain.

9- Hari AHAD = free day :) 

10- Boleh tarik diri atas alasan munasabah. Cthnya kalau production susu ibu saya menurun dengan teruknya, maka saya akan tarik diri kerana anak saya lebih penting dari segala-galanya :)

ANDA AKAN TERSINGKIR JIKA

1- Berat naik 3 kali
2- Tidak update berat sebanyak 3 kali
3- Anda mengandung @ sakit parah
4- Anda tak snap gambar & tak update lansung blog tentang program ini.
5- Anda buat liposuction


DIET PLANNING

1- Sila kira kalori makanan anda. Jangan melebihi 1200 cal sehari
(rujuk di http://www.myfitnesspal.com)
cth -
sarapan = cornflakes 1 cup + susu low fat = 250cal
lunch = nasi + ikan goreng + sawi rebus = 360cal
snack = karipap 2 ketul = 260cal
dinner = sup sayur + 2 potong tembikai = 240cal
TOTAL = 1110 cal

2- Nasi hanya boleh diambil 1 kali sahaja 1 hari = 1 cawan (200cal)

3- Kurangkan minyak, garam, gula, msg. Kalau masak sendiri kat rumah, sila tinggalkan bahan-bahan tersebut.

4- Minum air masak 2 liter 1 hari

5- Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran

Sikit je diet planning kali ni..
Ni kira pandai-pandai sndr la bab-bab lain..
Boleh google.. surf apa yang patut..
Kita sumer bukannya baru pun dlm arena diet-diet ni..
Sumer dah kira otai..


TARGET UTAMA = TURUNKAN BERAT

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN = 10 JUN 2011 ~ dah tutup pon~

            Aku copy paste jelah alkisah contest ini dari kak zel :) Nanti aku cerita pasal myfitnesspal pulak okay :)

Saturday, June 11, 2011

Sebelum Bermula...

             Ini adalah gambar full sebelum bermulanya program diet 50 hari dari depan dan sisi termasuk gambar timbangan berat badan sebelum bermula program. Uish kalo bukan sebab syarat-syarat contest,malu eden nak letak gambar kat sini..rela daku menjadi invisible sajork...seriuslah weh..buruknye perempuan itu (aku)...huhuhu.

Adam peminat tegar ibu walaupon ibu demok

Eiiuwwww...silalah kurus wahai perempuan
Almost 200lbs,kira cincai 200lbs lah..equal to 90.7kgs
                Terima kasih la yer encik suami tolong amik gambar which explains why gambar timbangan adalah terbalik..hehehe..ooh kat sini diaorang tak guna standard measurement yang kita guna kat Malaysia and almost everywhere in the world. Berat guna lbs and ounces, tinggi guna feet and so forth la..so alat penimbang aku adalah dalam lbs. Atas sebab itu,aku pon menyediakan converter kat side bar aku.