Alhamdulillah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia atas usaha sendiri..ehhh pepandai jer mengubah simpulan bahasa..ke peribahasa..Ingatkan tak menang PERS, sebab nampak ada pesaing hebak... (memang sengaja eja macam tu..bukan typo).. sekali rerupanya menang juga..di tempat pertama..
Kemudian dengan bestnya telah diberi keutamaan untuk memilih hadiah, selepas aku pilih barulah pemenang berikutnya pilih dan seterusnya sehingga ke top 10 dapat hadiah..waahhh berbaloi-baloi kan...hadiah apa??? Ada beberapa pilihan, tapi aku buat pilihan untuk amik hadiah voucher hotel 2 hari 1 malam di mana -mana negeri..waahhh...iyer memang takkan lah aku akan dapat guna voucher itu..tapi aku akan kasi kat ahli keluarga aku yang kat Malaysia lah..hehhehe...
Terima kasih puan penganjur..terima kasih para peserta lain..terima kasih atas sokongan, kata nasihat, motivasi dan yang sewaktu dengannya..
Showing posts with label PERS. Show all posts

Monday, October 3, 2011
Friday, September 30, 2011
Final Weigh- In PERS
Salam Jumaat semua...
Maka sampailah sudah ke penghujung PERS. Sepanjang PERS ini berat badan cam sekejap menaik sekejap menurun..tak begitu konsisten..mungkin sebab bulan ramadhan dan bulan syawal kot..masa bulan ramadhan sedap lah turun berkilo-kilo sebab berpuasa, walaupon kekadang menu berbuka boleh membunuh..hehhee..tapi masuk jer syawal..memang hancus lah diet..sebab beraya kan..bagi aku yang duk jauh di seberang benua ni pon,walau takde banyak open house..tapi rumah sendiri punya masak pon bole tahan..kalo tak masak rendang, kuah kacang, ketupat, lemang, kuih raya dan segala juadah lain..tak berasa pulak macam beraya kan..nanti sedih pulak teringat kat Malaysia..dah lama lagi baru dapat balik..jadi kenalah kasi meriah dengan masakan..dah meriah memasak..mestilah meriah jugak memakan...muahkahkah..
Kalo tanya pendapat pasal program ini, aku memang suka sukilah..sebab sekurang-kurangnya, walau diganggu dengan keenakan makanan sempena syawal..sekurang-kurangnya ada program ini untuk kasi aku berwaspada..timbang tiap-tiap minggu dan compete dengan kengkawan maya yang lain..at least kalo naik berat badan takdelah melampau dan takdelah sedih sebab tengok ramai member naik..hehehhe..
Sememangnya lita sebagai manusia memang nak kena ada motivasi baru nak bole berjaya dengan cemerlang kan..jadi aku rasa program ini pon salah satu motivasi untuk aku turunkan berat badan aku lah untuk aku mencapai berat badan ideal 50 kg..(heh bila lah tu)
Okay sesudah panjang lebar ulasan, pendapat semua..tibalah masanya untuk final weigh-in..berjaya kah aku menurunkan berat 2.6 kg itu menjadikan berat kepada 70kg di akhir PERS??????
Hahahaha...naik 1 lbs...dari 160lbs = 72.6kg menjadi 161lbs = 73kg...sebabnya..ehm tak tahu..mungkin sebab dinner semalam makan roti lempeng kot..hikhikhik..anyway, aku pasrah sebab selalunya memang kalo dalam minggu yang sama aku akan ada naik turun..lepas tu kira next week ari isnin baru lah timbang yang benar sikit..tak kisahlah..kiranya sepanjang PERS berat aku turun 7.7kg sajork...
Eh lupalah gambar full body..takde orang nak amik lah..pepagi ini encik suami sudah ke kelas..nantilah petang eh..dan lagi...ucapan terima kasih daun keladi kepada Puan Penganjur kerana menganjurkan program diet ini..kerana dapatlah aku continue diet aku dari PDR..walaupon kali ini cam diet ke laut, exercise ke laut..huhuhu...terima kasih kepada rakan sesama diet dengan komen dan nasihat dan dorongan samada anda sedar atau tidak semuanya menjadi motivasi untuk aku menurunkan berat badan..
Semoga Puan Penganjur, aku dan semua rakan diet sekalian akan dapat meneruskan perjuangan untuk mencapai berat ideal :)
Maka sampailah sudah ke penghujung PERS. Sepanjang PERS ini berat badan cam sekejap menaik sekejap menurun..tak begitu konsisten..mungkin sebab bulan ramadhan dan bulan syawal kot..masa bulan ramadhan sedap lah turun berkilo-kilo sebab berpuasa, walaupon kekadang menu berbuka boleh membunuh..hehhee..tapi masuk jer syawal..memang hancus lah diet..sebab beraya kan..bagi aku yang duk jauh di seberang benua ni pon,walau takde banyak open house..tapi rumah sendiri punya masak pon bole tahan..kalo tak masak rendang, kuah kacang, ketupat, lemang, kuih raya dan segala juadah lain..tak berasa pulak macam beraya kan..nanti sedih pulak teringat kat Malaysia..dah lama lagi baru dapat balik..jadi kenalah kasi meriah dengan masakan..dah meriah memasak..mestilah meriah jugak memakan...muahkahkah..
Kalo tanya pendapat pasal program ini, aku memang suka sukilah..sebab sekurang-kurangnya, walau diganggu dengan keenakan makanan sempena syawal..sekurang-kurangnya ada program ini untuk kasi aku berwaspada..timbang tiap-tiap minggu dan compete dengan kengkawan maya yang lain..at least kalo naik berat badan takdelah melampau dan takdelah sedih sebab tengok ramai member naik..hehehhe..
Sememangnya lita sebagai manusia memang nak kena ada motivasi baru nak bole berjaya dengan cemerlang kan..jadi aku rasa program ini pon salah satu motivasi untuk aku turunkan berat badan aku lah untuk aku mencapai berat badan ideal 50 kg..(heh bila lah tu)
Okay sesudah panjang lebar ulasan, pendapat semua..tibalah masanya untuk final weigh-in..berjaya kah aku menurunkan berat 2.6 kg itu menjadikan berat kepada 70kg di akhir PERS??????
Jeng
Jeng
Jeng
| 161lbs = 73kg |
Eh lupalah gambar full body..takde orang nak amik lah..pepagi ini encik suami sudah ke kelas..nantilah petang eh..dan lagi...ucapan terima kasih daun keladi kepada Puan Penganjur kerana menganjurkan program diet ini..kerana dapatlah aku continue diet aku dari PDR..walaupon kali ini cam diet ke laut, exercise ke laut..huhuhu...terima kasih kepada rakan sesama diet dengan komen dan nasihat dan dorongan samada anda sedar atau tidak semuanya menjadi motivasi untuk aku menurunkan berat badan..
Semoga Puan Penganjur, aku dan semua rakan diet sekalian akan dapat meneruskan perjuangan untuk mencapai berat ideal :)
Monday, September 26, 2011
Masih Sempat...
Setelah di ulangkaji balik syarat-syarat penyertaan PERS...ooh rerupanya tarikh akhir weigh-in adalah pada 30/9/2011 bersamaan dengan hari Jumaat ini.
Kepada semua rakan-rakan PERS, ada lagi 4 hari tolak hari Isnin untuk menurunkan berat badan..bole berusaha lagi..kena kekalkan diet dan workout supaya bole turun lagi..
Korang rasa kan bole ke aku buang 2.6 kg ni sebelum hari Jumaat ini????haih kan best kalo bole..

PERS 9th Weigh-In
Tiba lah lagi hari Isnin...ehm ni kira last time ker weigh-in untuk PERS???Puan penganjur???? Alkisah minggu ini, diet jugaklah walaupon ke laut jugak..tapi seboleh mungkin memastikan malam tak makan nasi atau kalo nasi setakat pukul 7mlm. Selainnya, makan salad, tak pon makan subway..hahha..tuna dan sayur mayur yang sangat banyak. Tapi tengahari makan nasi sekurang-kurangnya 1/4 pinggan atau selebih-lebih 1 pinggan..hahha..tapi tak selalu lah..1/2 pinggan selalu..sebab biasa makan suap anak sekali..itu yang lari sikit pembacaan pinggan makanan.
Tentang workout pulak, paling busuk buat Jillian jer..kalo paling bagus buatlah 2 jenis, samada JM dan Zumba, atau JM dan treadmill atau JM dan Dancing atau Zumba selama 70minit. Sehabis mungkin cuba buat setiap hari, memang sangat memaksa diri kerana passion sudah hilang lari tak tahu ke mana..tapi ada jugak terskip sehari.huhuhu..
Jadi apakah keputusannya minggu ini..yeay alhamdulillah turunlah jugak 2lbs, menjadi 160lbs = 72.6kg. Walaupon tak banyak sangat dan tak cecah angka 6, tapi takpelah..aku redha.. muahkahakah.. semoga akan turun lagi minggu depan sehingga mencecah berat ideal..
Setakat ini kalo dikira total lost dalam PERS, 80.7 - 72.6 = 8.1kg. Waah beza berbeza..kalo tengok masa PD50, maksudnya 50 hari turun 10 kilo..ini dah 60 hari 8.1kg jer...kira badan dah mula nak masuk fasa adapt kot yer..jangan sampai ko plateau sudah..nak turun slow-slow takper..janji tahun depan 50 kg..tapi kalo rajin sikit, mesti by the end of december boleh cecah 50kg kan..tukar lah matlamat supaya lebih bersemangat..kira end of december 2011 adalah 50 kg...bersedialah dikau wahai sang suami :)
P/S: sesapa nak anjur lagi program diet??? kecuali diet atkins lah..sebab eden tengah menyusukan anak. kalo diet yang seperti PD50, PDR dan PERS ker..cepat-cepat notify eh, nak join..
Tentang workout pulak, paling busuk buat Jillian jer..kalo paling bagus buatlah 2 jenis, samada JM dan Zumba, atau JM dan treadmill atau JM dan Dancing atau Zumba selama 70minit. Sehabis mungkin cuba buat setiap hari, memang sangat memaksa diri kerana passion sudah hilang lari tak tahu ke mana..tapi ada jugak terskip sehari.huhuhu..
Jadi apakah keputusannya minggu ini..yeay alhamdulillah turunlah jugak 2lbs, menjadi 160lbs = 72.6kg. Walaupon tak banyak sangat dan tak cecah angka 6, tapi takpelah..aku redha.. muahkahakah.. semoga akan turun lagi minggu depan sehingga mencecah berat ideal..
| 160lbs = 72.6kg |
P/S: sesapa nak anjur lagi program diet??? kecuali diet atkins lah..sebab eden tengah menyusukan anak. kalo diet yang seperti PD50, PDR dan PERS ker..cepat-cepat notify eh, nak join..
Monday, September 19, 2011
PERS 8th Weigh-In
Tak perlu cerita panjang lah kot sebab dah ada 2 entry sebelum ini yang berkisarkan keburukan lantakan aku kan..muahkahkah..jadi bila naik penimbang pagi tadi hanya perlu senyum dan tepuk-tepuk tangan sendiri jer..semoga minggu ini penurunan akan lebih memberansangkan..cam takde harapan jer nak cecah angka 6 pada akhir PERS..haih..apa nak jadi????huhuhu..
Takpelah..usaha tangga kejayaan..mulakan diet dan workout kembali..chaiyok semua :)
Bolehlahkan..turun seciput..liat betul nak sentuh 160lbs pon susah..hailah berat..
Takpelah..usaha tangga kejayaan..mulakan diet dan workout kembali..chaiyok semua :)
| 162lbs = 73.5kg |
Tuesday, September 13, 2011
PERS 7th Weigh-In!!!!
Alhamdulillah di sebalik aktiviti makan pada 2 hari weekends yang lepas dan di sebalik kerisauan tentang berat yang seperti nak plateau..turun jugak lah minggu ini..Bangun jer pagi isnin lepas subuh, terus timbang..jeng jeng...turun 2lbs..menjadikan 163lbs = 73.9kg. Kiranya turun 900gm..muahkahakah..bolelah kan..nanti tak turun meracau pulak tak turun..sila bersyukur wahai empunya badan :)
Lagi 2 minggu eh nak habis PERS..sangatlah berharap mencapai impian cecah angka 6 by the end of the PERS. Tapi mungkinkah??? Minggu ini aku dah start balik jaga pemakanan dengan betul. Plannya..sarapan adalah herbalife dan 2 keping roti wheat..Alasan sebab nak kasi budak menyusukan..kenalah makan jugak..hehhehe.. Lunch mesti makan nasi jugak memula 1/2 plate then akan turun 1/4 plate mengikut lauk dan kadar kebolehan menahan selera..hahhaa..semoga tak lebih dari 1/2 plate. Dinner adalah roti dan herbalife lagi..ooh sungguh sadis kan..tak pon makan salad kot..aku dah beli salad dah semalam..Selepas bab pemakanan, workout juga harus dipastikan..sebaiknya plan adalah treadmill 30 minit kemudian Jillian sampai habis 30 days. Sekarang buat 2 hari, sehari tak buat..macam mana nak kira???hehhehe..disamping buat zumba dan dancing with the stars dan pussy cat dolls workout..
Okay kasi berkobar sikit semangat..sebab itu nak tulis-tulis kat blog ini..kena letakkkan plan supaya rasa cam terurus sikit..kalo tak lemah je rasa..nak memulakan tu yang susah tu..sebab tu seeloknya kalo dah mula jangan berhenti..nanti kalo dah capai berat ideal..lagi satu masalah akan timbul tau..masalah mengekalkan berat ideal..itu lagi haru..tapi itu nanti kita pikir sebab lambat lagi..lagi 23.9kg nak kena buang baru bole pikir masalah itu pulak.
| 163lbs= 73.9kg, gambar blur sebab amik guna iphone..huhu |
Okay kasi berkobar sikit semangat..sebab itu nak tulis-tulis kat blog ini..kena letakkkan plan supaya rasa cam terurus sikit..kalo tak lemah je rasa..nak memulakan tu yang susah tu..sebab tu seeloknya kalo dah mula jangan berhenti..nanti kalo dah capai berat ideal..lagi satu masalah akan timbul tau..masalah mengekalkan berat ideal..itu lagi haru..tapi itu nanti kita pikir sebab lambat lagi..lagi 23.9kg nak kena buang baru bole pikir masalah itu pulak.
Tuesday, September 6, 2011
PERS 6th Weigh-In
Sila lempang muka sendiri banyak-banyak sebab berjaya naik berat minggu ini...huhuhu...kalo last week cam best turun 1lbs, kini kembali naik 1 lbs..dari 165lbs turun ke 164lbs kemudian kembali ke 165lbs..
Memang sebab tak exercise lansung, sebab makan nasi 2 kali sehari (sahur dan berbuka), sebab makan kuih raya (ada 9 jenis, kalo bukan aku nak makan, siapa lagi???bukan ada tetamu pon kat sini), sebab takde aktiviti yang berat kecuali masak, kemas rumah, lipat baju, layan anak-anak dan tido..entah kenapa last week setiap hari kot aku tido siang dengan lamanya 2-3 jam..
Hari Jumaat hari itu timbang macam 162lbs = 73.5kg..ceh dah sengih-sengih lah..sekali timbang lagi 164lbs, lepas tu jadi 165lbs..cenggitu lah penimbang itu memainkan perasaan aku..sekali tadi aku tak pegang kamera, jadi 162lbs..sekali pergi amik kamera..jadi 165lbs..oohh sangat mempermainkan hati dan perasaan tau..tapi aku redha lah dengan 165lbs...
Memang sebab tak exercise lansung, sebab makan nasi 2 kali sehari (sahur dan berbuka), sebab makan kuih raya (ada 9 jenis, kalo bukan aku nak makan, siapa lagi???bukan ada tetamu pon kat sini), sebab takde aktiviti yang berat kecuali masak, kemas rumah, lipat baju, layan anak-anak dan tido..entah kenapa last week setiap hari kot aku tido siang dengan lamanya 2-3 jam..
| 165lbs= 74.8kg |
Bolelah aku insaf kan..jadi hari ini dah start treadmill 30 minutes dan buat Jillian Michael 30days Shred. Ingat nak buat zumba, sekali tak boleh read pulak dvd burn..ceit..so tengok lah camna nanti..nak guna PC, kat dalam bilik ni kecik sangat lah ruangnye nak terkinja-kinja..hehehehe...semoga ini adalah kali pertama dan terakhir berlaku peningkatan..walaupon 1lbs=500gm..tapi kalo buat dek jer..mahu lah sarung balik semua saiz double triple xl.
Okaylah..sekian dulu dari saya..haduhai..tak de rumah nak beraya pon bole naik berat..cuba kalo raya kat mesia..mesti menangis ni..huhuhu..
Monday, August 29, 2011
PERS 5th Weigh-In
Bertemu lagi seminggu kemudian..sepi sesunyi sepi blog ini kan sepanjang minggu lepas..sibuk sangat, busy bee dengan preparation raya..muahkahkah..dengar macam nak raya sakan je kan..bukan begitu..semenjak pindah rumah baru ini, jadual jadi tunggang langgang sikit..di tambah dengan komputer duduk dalam bilik..jadi kemahuan nak duduk depan komputer itu kurang..bangun jer sibuk uruskan anak-anak dari mandi ,breakfast dan siapkan lunch diaorang. Tengok-tengok dah kol 12 tengah hari. Tarik nafas sekejap, kasi diaorang lunch pulak..senang kenyangkan diaorang awal-awal sebab ibu nak buat projek kuih raya...hehehe..itupon tak dijamin berjalan lancar..aduhai..panjang tak excuse tak update blog???
Memandangkan lebih sibuk duduk di dapur, sahih la tidak exercise lansung..iyer silalah paham yang saya tak exercise lansung semenjak pindah ini..aduhai..minggu depan memang kena paksa diri untuk mula balik..walaupon kalo ikut perancangan, raya ke-dua sudah mahu mula puasa sunat Syawal beserta ganti puasa Ramadhan..ehm takpe kita tengok lah nanti eh camne.
Jadi berat pada minggu ini seperti dijangka turun seciput sahaja..1lbs..aduhai..nasib baik tak menaik..kalo naik lagi haru kan..jadi lah turun 1 lbs..tak bole nak kata apa dah sebab dengan tak exercisenya, makan berbuka nasi sepinggan, makan pulak biskut raya..jadi pepaham lah yer..sahur pon makan nasi jugak, kecuali hari ini. Haduhai..
Minggu raya ini walaupon tak semeriah kat Malaysia, tapi ada jugak nak ziarah rumah orang..ehm mungkinkah daku membedal sahaja???? Kita tengoklah nanti eh.
Memandangkan lebih sibuk duduk di dapur, sahih la tidak exercise lansung..iyer silalah paham yang saya tak exercise lansung semenjak pindah ini..aduhai..minggu depan memang kena paksa diri untuk mula balik..walaupon kalo ikut perancangan, raya ke-dua sudah mahu mula puasa sunat Syawal beserta ganti puasa Ramadhan..ehm takpe kita tengok lah nanti eh camne.
Jadi berat pada minggu ini seperti dijangka turun seciput sahaja..1lbs..aduhai..nasib baik tak menaik..kalo naik lagi haru kan..jadi lah turun 1 lbs..tak bole nak kata apa dah sebab dengan tak exercisenya, makan berbuka nasi sepinggan, makan pulak biskut raya..jadi pepaham lah yer..sahur pon makan nasi jugak, kecuali hari ini. Haduhai..
| 164lbs = 74.4kg |
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN
Monday, August 22, 2011
PERS 3rd and 4th Weigh-In
Pertama sekalinya, sorry berlori-lori kepada puan penganjur PERS iaitu Nadia dan juga kepada teman-teman seangkatan kerana terlewat buat entry tentang minggu ke 3. Alkisahnya kerana last week adalah berlaku perpindahan rumah, sibuk-sibuk nak pindah, lupa nak buat appoinment dengan orang internet..maka lambatlah dapat masuk internet..kesudahannya takde lah internet dan tv selama seminggu...
Jadi tetap amik gambar jugak pada hari selasa pagi sebab hari isnin itu terlupa, masih penat mengemas barang lah katakan..Maka diisytiharkan pada minggu ketiga turun 5lbs menjadikan berat aku pada minggu ketiga adalah 170lbs = 77.1kg.
Dipercayai adalah kerana sibuk mengemas barang untuk pindah dan mengemas barang selepas pindah..walaupon memang tak jaga makan masa sesi perpindahan..makan nasi sepinggan..hari yang pindah itu, sebab tak sempat masak, beli jer nasi beriyani ayam buatan pakistan ke india muslim. Pergh..kalo nak ikut memang pasrah jer masa tu..tapi mungkin sebab kalori mengemas rumah lebih banyak terbakar dari makan kot..maka turun jugak :)
Minggu yang ke-4 ini pulak, masih lagi sibuk..dah siap kemas rumah, tapi sibuk buat kuih raya pulak..hahhaha..penyudahnya dah nak masuk seminggu lebih tak exercise..aduhai..sibuk dengan appoinment untuk Adam lah dan sudah pon berpuasa kembali..weee....seronok :) eg puasa itu sudah bermula pada 15 Ramadhan lagi..
Jadi minggu ini turun lagi 5 lbs...claps claps claps:) Seronokkan..jangan lepas habis puasa naik ke langit ke tujuh sudah..huhuuhuhu...jadi berat minggu ini adalah 165lbs = 74.8kg.
Okay memberansangkan..tapi silalah mula exercise kembali wahai empunya badan :) Sekian dari saya melaporkan keputusan penimbangan pada minggu lepas dan minggu ini.
Jadi tetap amik gambar jugak pada hari selasa pagi sebab hari isnin itu terlupa, masih penat mengemas barang lah katakan..Maka diisytiharkan pada minggu ketiga turun 5lbs menjadikan berat aku pada minggu ketiga adalah 170lbs = 77.1kg.
| 170lbs = 77.1kg |
Minggu yang ke-4 ini pulak, masih lagi sibuk..dah siap kemas rumah, tapi sibuk buat kuih raya pulak..hahhaha..penyudahnya dah nak masuk seminggu lebih tak exercise..aduhai..sibuk dengan appoinment untuk Adam lah dan sudah pon berpuasa kembali..weee....seronok :) eg puasa itu sudah bermula pada 15 Ramadhan lagi..
Jadi minggu ini turun lagi 5 lbs...claps claps claps:) Seronokkan..jangan lepas habis puasa naik ke langit ke tujuh sudah..huhuuhuhu...jadi berat minggu ini adalah 165lbs = 74.8kg.
| 165lbs=74.8kg |
Monday, August 8, 2011
PERS 2nd Weigh-In
Selamat Menyambut Ramadhan yang dah ke 8 hari :) Dan aku masih lagi berkibar-kibar bendera merah :) Begitulah adatnya kalo sudah mencucuk dengan I.M Depo..Menjadi tak elok kitarannya dan cara produksinya..kalo berdasarkan pengalaman lalu yang terbaru..ehm sampai 15 hari..kali ini tak tahu lah lagi..haih..
Setelah seminggu berlalu bulan Ramadhan yang aku tak pose..ehm secara jujurnya..aku memang buat gaya tak pose lah..hahahha...aku breakfast seperti biasa dengan Herbalife atau roti wheat 2 keping, Lunch dengan nasi 1/4-1/2 pinggan mengikut selera dan lauk, contoh lauk memang korang akan menangis lah tengok sebab tak seperti manusia yang sedang berdiet. ada ayam masak merah, sardin goreng, masak tempoyak, sambal udang. Selalu aku amik berpada-pada lah..Sayur campur atau sawi goreng adalah sayur yang selalu ada kat rumah ini. Tapi dinner aku tak sampai hatilah nak makan nasi kan, kekadang amik jugak..muahkahkah..tapi sebolehnya aku amik roti wheat sajork:)
Sebab menyedari diri yang mentekedarah dengan hebatnya, aku kenalah pandai-pandai cover dengan buat workout. Aku buat lah treadmill setiap pagi 30 minutes (300 kalori) dan petang-petang aku berzumba (700-800 kalori) memang penat buat zumba, rasa nak cramp kaki;..tapi best sebab menari :)
Jadi penurunan aku minggu ini adalah ala-ala sajork..alhamdulillah 1.4kg turun..dari 178lbs(80.7kg) ke 175lbs (79.4kg). Aku sebenarnya tak bole nak diet strict sangat sebab ada manusia yang bergantungan dengan aku kan..Nanti produksi menurun, jadi aku redhalah turun sedikit-dikit...asalkan tahun depan tercapailah 50 kg :) Dah cecah angka 7..phewittt...
Jadi kena lah berusaha lagi next week, mungkin akan turun dengan banyak sebab ada sesi berpindah randah this weekend..harapanlah kan.
Setelah seminggu berlalu bulan Ramadhan yang aku tak pose..ehm secara jujurnya..aku memang buat gaya tak pose lah..hahahha...aku breakfast seperti biasa dengan Herbalife atau roti wheat 2 keping, Lunch dengan nasi 1/4-1/2 pinggan mengikut selera dan lauk, contoh lauk memang korang akan menangis lah tengok sebab tak seperti manusia yang sedang berdiet. ada ayam masak merah, sardin goreng, masak tempoyak, sambal udang. Selalu aku amik berpada-pada lah..Sayur campur atau sawi goreng adalah sayur yang selalu ada kat rumah ini. Tapi dinner aku tak sampai hatilah nak makan nasi kan, kekadang amik jugak..muahkahkah..tapi sebolehnya aku amik roti wheat sajork:)
Sebab menyedari diri yang mentekedarah dengan hebatnya, aku kenalah pandai-pandai cover dengan buat workout. Aku buat lah treadmill setiap pagi 30 minutes (300 kalori) dan petang-petang aku berzumba (700-800 kalori) memang penat buat zumba, rasa nak cramp kaki;..tapi best sebab menari :)
Jadi penurunan aku minggu ini adalah ala-ala sajork..alhamdulillah 1.4kg turun..dari 178lbs(80.7kg) ke 175lbs (79.4kg). Aku sebenarnya tak bole nak diet strict sangat sebab ada manusia yang bergantungan dengan aku kan..Nanti produksi menurun, jadi aku redhalah turun sedikit-dikit...asalkan tahun depan tercapailah 50 kg :) Dah cecah angka 7..phewittt...
| Aku pon tak paham kenapa dia nak senget..ehm tapi nampaklah 175lbs = 79.4kg |
Wednesday, August 3, 2011
Ceritera Tentang Menu Diet 1 Ramadhan
Tetiba hari ini terajin pulak nak berceritera tenang menu diet :) Sejujurnya aku punya menu diet is not really diet punya menu :) Itu yang buat aku serba salah segan malu nak cerita itu..hehehhe.
Semalam, masa bangun untuk sahur, tapi tak jadi sahur..aku minum air masak jer, lepas itu start kemas rumah, basuh pinggan, lipat kain dan berinternet sampai bebudak dah terjaga. Kasi diaorang mandi dan breakfast dulu, lepas itu aku adalah breakfast yang dah lewat jugak..makan 2 keping honey wheat bread (140calories) dengan 1 tbs peanut butter low calorie (95 calories) dan 1 tbs sri kaya (54 calories). Minum lagi air kosong 2 gelas.
Sempena anniversary semalam, hubby kasi one of the presents adalah sekotak ferraro rocher. huhuhu..aku memang penggemar coklat especially ferraro..telan 2 biji adalah (147 calories).
Lunch aku makan nasi putih 1 mangkuk (167calories), dengan seketul ayam kari (195 calories), 1/3 seekor ikan masak kicap (169 calories) dan 1/2 cup sayur kobis dan lobak goreng (100 calories).
Dinner aku makan 2 keping honey wheat bread (140 calories), sayur campur siang tadi dalam 1/4 cup (25 calories), 1 kepak ayam kecik goreng (103 calories), seketul ayam kari (195 calories) dan air grape juice 1 cup (160 calories). Total minum air kosong dalam 13 gelas lah..sebab sekejap-sekejap minum, lepas exercise minum bergelas-gelas :)
Kalo kira total aku punya calories hari day 1 PDR dan PERS adalah lebih dari 1200..seperti yang aku set dalam myfitnesspal..tapi nasiblah aku exercise, kira balance lah. Aku buat dancing with the stars for 60 minutes (389 calories burned) dan aku lari atas treadmill selama 32 minit (280 calories burned)...bolelah..

Monday, August 1, 2011
PERS 1st Weigh-In
| 178lbs = 80.7kg |
Semoga berjaya lah hendaknya mencecah angka 6 pada akhir program ini. Harus kuat semangat..chaiyok chaiyok...sebab peyod kan rasa cam lapar je dan nafsu nak makan tu lain macam sikit..tapi kalo ikut nafsu binasalah diet aku, bertambahlah berat aku nanti...
Untuk informasi puan penganjur, kat sini guna lbs, maka sebab itu siap sedia ada converter kat sidebar :)
Thursday, July 28, 2011
Program Edisi Ramadhan Syawal (PERS)
Ini adalah entry untuk pendaftaran lengkap bagi Program Diet yang kedua di join oleh aku, iaitu Program Edisi Ramadhan Syawal (PERS) yang dianjurkan oleh Puan Nadia :).. Ehm selama ini aku ingat progrma ini untuk sebulan..ku baca lagi sekali..ooh dari Ramadhan bawa ke Syawal..hehehee..suka suka...:)
Tujuan aku masuk program ini sebab nak keep up the motivation dalam perjalanan aku menurunkan berat badan ke berat badan ideal iaitu 50kg...aku jangka by next year aku akan cecah angka 50 ni...sebab sememangnya kalo berdiet secara berjemaah adalah lebih menarik kan..hehehe...bila tengok member ada penurunan berat badan..mesti rasa cam tercabar...buat kasi motivasi nak turunkan berat jugak.
Memandangkan program adalah 2 bulan..so mission adalah turun ke 60kg atau at least cecah angka 6....:)
Okey rasa cam dah complete ni...

| 179lbs = 81.2kg |
Memandangkan program adalah 2 bulan..so mission adalah turun ke 60kg atau at least cecah angka 6....:)
Okey rasa cam dah complete ni...
Subscribe to:
Posts (Atom)