Penurunan Berat Badan!!!!

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Showing posts with label Progress Terkini. Show all posts
Showing posts with label Progress Terkini. Show all posts

Saturday, May 3, 2014

Misi Kurus Kembali Lagi!!!

Howdy,

Wah giler lama tak update blog ni..huhuhu..nampak sangat misi ke laut dan tenggelam dalam ombak yang mengganas. Wah dah bermetafora pulak. Satu sebab mood menulis tiada. Kedua sebab tiada idea nak tulis apa. Ketiga sebab misi menuju berat badan ideal adalah hot hot chicken shit. hahaha. Ye nama pon manusia biasa penuh dengan alasan, excuses and reasons. Semuanya bagi menyedapkan hati sendiri. hahaha..

So sekarang ni kembali menulis sebab kembali dengan misi baru menuju berat badan ideal dengan bentuk badan menarik dengan cara yang sihat. Wah..ada gaya promosi barangan pengurus lansing kan? Ye memang tak betul..Aku memang bukan pengguna barang/supplement/alatan untuk kurus cepat tanpa bersusah payah. Aku memang orthodoks sikit bab nak kurus ni. Lebih kepada menjaga diet dan bersenam. Biarlah lambat pon walaupon tak dinafikan aku adalah juga rasa terpengaruh dan teringin tapi entahlah rasa cam tak berapa nak sihat sangat. Lagipon aku lebih setuju yang kalo kita dapat ubah gaya hidup lebih sihat lebih baik daripada crash diet/makan ubat/supplement etc lepas dah turun dalam masa sebulan dua lepas tu naik mendadak. Buat apa kan? So not worth it.

Yes memang aku diam je kat blog ni tapi aku adalah rajin lah baca informasi tentang nak kurus dan melakukan senaman senaman yang boleh membantu kekurusan. So memula nak cerita yang berat sekarang paling latest dalam 3 hari lepas kot 4/30/14 : 84.7kg. Berat badan ideal untuk aku adalah sekitar 50-55kg. Aku target 55 kg lah. Lebih kurang 30kg lah pukul rata aku kena hilang. Aku adalah nak balik Malaysia dalam hujung bulan 8 tahun ni. Jadi aku adalah nak pulang dengan berat badan ideal. wah gitu so bole ke nak hilang 30kg dalam 4 bulan? Agak drastik sebenarnya penurunan sebanyak itu dalam masa yang singkat. So aku takde lah target nak turun banyak tu. aku ni realistik orang nya. Sbb aku takut aku akan lari dari tujuan, jadi aku buat target berperingkat lah seperti pada  hujung bulan 6 ni berat aku adalah 70-75kg gitu. Okay tak?Harapan bulan 8 nanti dalam 60 kg tapi kalo dapat pecah angka 6 pon dah kira syukur sangat lah.

Apa plan diet aku? Apa plan senaman aku? Perlu diingat  adalah puasa dan raya bakal menjelma. huahuahua.

So aku ni dah tau dah aku kalo bab senaman bole kata power lah. hahaha..semua aku sapu yang aku berkesempatan, Jillian, Insanity, Zumba, Hip Hop tapi yang buat aku kalah adalah makanan. Dan seperti yang semua pendiet tegar atau orang yang dalam proses nak menuju berat badan ideal 80% Diet dan 20% Senaman.

Pic ihsan google



Jadi dengan ini aku nak memulakan lah misi yang baru. Aku masih bertatih. Aku dah tau yang kena makan yang sihat-sihat dan tak sedap. Memang kebenaran yang tak dapat disangkal lagi bahawa tak sedap dan sihat adalah seiring dan seiring dan sejalan seperti sedap dan tidak sihat. huhuhu. Perit dan tabah tapi demi mengubah imej. Wahhh gitu. Aku nak update kat sini apa menu dan senaman aku buat dan progress aku. Oh percayalah aku tau aku mungkin akan update menu yang tak berapa nak clean sangat tapi seperti yang aku kata, I'm still trying to adapt. 32 tahun lidah ni kenal makanan sedap dan tak sihat so please bear with me. As for senaman mostly will be zumba cause yes I do love dancing and dancing with losing calories ain't gonna hurt me right? So aim nak get instructor certificate before going back to Malaysia.

So starting semalam aku aim tak nak makan nasi atau kurangkan makan nasi. Ye nasi tak bersalah aku tau. Bole makan segenggam sehari tapi kalo dah lauk sedap tak kan mampu nak makan segenggam ye dak? So for this first months cuba lah elakkan though I admit I'm still taking other carbs. Sepanjang ni nanti korang akan tengoklah apa ke jenis carbs yang aku amik. hehehe.

Day 1: 5/2/14

Starting weight: 84.7kg

Breakfast; 1 cheese danish : 430 cal
Lunch: 1 beef burger with mayo cheese and salad: 400 cal
Snacks : Ritter Sport Dark Chocolate with whole hazelnuts : 210 cal
Dinner: Mix salad with 1 piece of honey blackpepper chicken : 400 cal

Exercise: nope

As of today

Day 2 : 5/3/14

Breakfast: Cucur bawang : 300 cal

Yang lain belum lagi..nanti update lagi eh. oh yes I'm using myfitnesspal. Pernah turun sampai 75kg tau guna myfitness pal. Lepas tu naik balik. haih la labu..

Bole ke cakap kat orang kalo nampak cam kurus jangan tegur sampai memang betul-betul kurus. Selalu cam lupa daratan kalo orang kata wah dah kurus. Ye itulah yang menjadi permasalahan sejagat masa dah turun 75kg tu. Lepas tu cam selesa dan naik balik 10 kg..huhuhuhu...Lepas ni kena kuat mental lah..nak cakap cheat day jangan jadi cheat year..hahaha..

So basically aku try kawal calories intake dan exercise as well as trying to choose to eat healthier food. Semalam berjaya jamu orang makan nasi ayam tanpa aku sendiri makan nasi ayam. hahahha...itu sesuatu yang kebanggaan tau. Aku bukanlah nak kata aku ni pandai sangat masak tapi aku bole cakap yang aku masak sedap lah. Lagi-lagi kalo ada tempoyak. Buat sambal tempoyak makan dengan nasi panas dan telur goreng mata pon aku bole makan 2 pinggan nasi..huhuhu..tu nak kena bertabah tu.

Okay mari lah kita bersama menuju berat badan ideal :)


Tuesday, November 20, 2012

Aum Cak!!!!

Yeah kembali bersiaran..ye saya masih hidup sihat walafiat:) Cuma tak berupdate blog..

Progress diet atkin..adalah ke laut..hahahha..memang tak dapat menahan diri dari memakan karbo, gula dan sebagainya..(jadi jangan lah nak mengeluh kerana berat tak nak turun dan lambat turun) hehehhe..

Sekarang sudah 2 bulan lebih kembali aktif workout. Buat zumba..oh yeah had so much fun dan sangat fun lebih sebab I've join a fitness here. Ada this so called Piranha Fitness dekat rumah yang aku tinggal sekarang..jalan kaki lenggang kangkung 10 minit, jalan laju, 5 minit je dari rumah..menariklah sangat kan..lagi menarik kelas zumbanya, hanyalah perempuan..lagi menarik pesertanyer biasa-biasa jer..takdelah ko rasa inferior di situ..ada makcik-makcik, ada orang 2 kali ganda saiz ko, ada orang keras tak reti menari..pendek kata ko rasa ko cam best lah..hahhaha..sebab sesama tak pandai:)

Jadual pon menarik. Setiap hari ada kelas. Bole pergi sebanyak mana kelas yang ko mampu. Aku almost everyday pergi. Lagi best ada kelas start kol 5.30 pagi khas untuk early bird:) aku ni takde lah memang awal sangat bangun, tapi alternatif yang baik lah sebab tak menganggu encik suami punya kelas. Cuma kelas yang awal pagi ni hanya ada dua hari je, selasa dan khamis. hari lain, aku pergi lewat petang punya kelas. memang habis berpeluh badan, lebih berpeluh dan lebih penat dari yang aku buat zumba mix dalam exhilirate tu.

Kalo tanya penurunan berat badan, jujurnya aku hanya turun 2 kilo dalam masa 2 bulan ni. Aku rasa sebab aku tak diet sangat. Aku masih makan nasi, masih makan coklat dan minum manis dan makan dessert. Habis aku dah masak, aku surf blog masak, beli buku masak..pastu aku try resepi itu ini, takkan tak makan kan???memula rasalah kan..kalo sedap..ha...licin lah..aduhai..sila ambil iktibar yer...tapi kalo tengok shape..aku rasa banyak sangat inches yang loss, especially perut , peha, lengan..walaupon tak ada bukti bertulis..hahaha..tapi bole nampak lah dari segi seluar yang longgar balik, baju yang tak ke depan sangat dek kerana ditolak perut..huuhuhu..bontot pon dah kecik..hehehe...member yang selalu tengok aku kat kelas tu pon perasan yang aku dah ada perubahan shape..wah seronotlah kan...so aku memang lebih kuatlah berazam untuk control diet..aku at least malam tak makan lah..last makan kol 6.30pm..itu pon sekarang dah nak masuk isyak..hahahha..dan cuba untuk tak makan nasi lah petang tu...tapi sepanjang malam perut berbunyi jer..bangun pagi lapar gile sampai breakfast macam raksasa..hahaha..tapi kalo aku memang nak pergi kelas kol 5.30pagi tu, aku amik juga nasi petang tu..sebab takut nanti tak larat nak berzumba. Kira sekarang nasi sekali sehari lah...pagi breakfast cereal/roti wheat, lunch nasi dan lauk dan sayur, malam roti wheat/cereal.

Aku tak kisah sangat berat lambat turun, yang penting body semakin mantap..hahahha..okay itu je dulu ceritera dari saya..nanti sambung lagi..entah tahun bila lah kan..tunggu turun 2-3 kilo lagi..sebenarnya my azam bulan 3 kena cecah angka 7..sekarang 84-85kg...dah 2-3 minggu kat situ..sebelum tu, duk kat 86-87..haih la badan..kalo ikut BMI memang sahih la terover obese..jadi marilah  kita berusaha...mungkin motivasi terbaru ialah, setiap kali nak makan terlebih jer, ingat kat orang yang susah, yang sedang berperang yang tak cukup makan tu..huuhuhuhu...baru ada rasa insaf sikit kot kan...huhuhu..