Penurunan Berat Badan!!!!

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Tuesday, November 20, 2012

Aum Cak!!!!

Yeah kembali bersiaran..ye saya masih hidup sihat walafiat:) Cuma tak berupdate blog..

Progress diet atkin..adalah ke laut..hahahha..memang tak dapat menahan diri dari memakan karbo, gula dan sebagainya..(jadi jangan lah nak mengeluh kerana berat tak nak turun dan lambat turun) hehehhe..

Sekarang sudah 2 bulan lebih kembali aktif workout. Buat zumba..oh yeah had so much fun dan sangat fun lebih sebab I've join a fitness here. Ada this so called Piranha Fitness dekat rumah yang aku tinggal sekarang..jalan kaki lenggang kangkung 10 minit, jalan laju, 5 minit je dari rumah..menariklah sangat kan..lagi menarik kelas zumbanya, hanyalah perempuan..lagi menarik pesertanyer biasa-biasa jer..takdelah ko rasa inferior di situ..ada makcik-makcik, ada orang 2 kali ganda saiz ko, ada orang keras tak reti menari..pendek kata ko rasa ko cam best lah..hahhaha..sebab sesama tak pandai:)

Jadual pon menarik. Setiap hari ada kelas. Bole pergi sebanyak mana kelas yang ko mampu. Aku almost everyday pergi. Lagi best ada kelas start kol 5.30 pagi khas untuk early bird:) aku ni takde lah memang awal sangat bangun, tapi alternatif yang baik lah sebab tak menganggu encik suami punya kelas. Cuma kelas yang awal pagi ni hanya ada dua hari je, selasa dan khamis. hari lain, aku pergi lewat petang punya kelas. memang habis berpeluh badan, lebih berpeluh dan lebih penat dari yang aku buat zumba mix dalam exhilirate tu.

Kalo tanya penurunan berat badan, jujurnya aku hanya turun 2 kilo dalam masa 2 bulan ni. Aku rasa sebab aku tak diet sangat. Aku masih makan nasi, masih makan coklat dan minum manis dan makan dessert. Habis aku dah masak, aku surf blog masak, beli buku masak..pastu aku try resepi itu ini, takkan tak makan kan???memula rasalah kan..kalo sedap..ha...licin lah..aduhai..sila ambil iktibar yer...tapi kalo tengok shape..aku rasa banyak sangat inches yang loss, especially perut , peha, lengan..walaupon tak ada bukti bertulis..hahaha..tapi bole nampak lah dari segi seluar yang longgar balik, baju yang tak ke depan sangat dek kerana ditolak perut..huuhuhu..bontot pon dah kecik..hehehe...member yang selalu tengok aku kat kelas tu pon perasan yang aku dah ada perubahan shape..wah seronotlah kan...so aku memang lebih kuatlah berazam untuk control diet..aku at least malam tak makan lah..last makan kol 6.30pm..itu pon sekarang dah nak masuk isyak..hahahha..dan cuba untuk tak makan nasi lah petang tu...tapi sepanjang malam perut berbunyi jer..bangun pagi lapar gile sampai breakfast macam raksasa..hahaha..tapi kalo aku memang nak pergi kelas kol 5.30pagi tu, aku amik juga nasi petang tu..sebab takut nanti tak larat nak berzumba. Kira sekarang nasi sekali sehari lah...pagi breakfast cereal/roti wheat, lunch nasi dan lauk dan sayur, malam roti wheat/cereal.

Aku tak kisah sangat berat lambat turun, yang penting body semakin mantap..hahahha..okay itu je dulu ceritera dari saya..nanti sambung lagi..entah tahun bila lah kan..tunggu turun 2-3 kilo lagi..sebenarnya my azam bulan 3 kena cecah angka 7..sekarang 84-85kg...dah 2-3 minggu kat situ..sebelum tu, duk kat 86-87..haih la badan..kalo ikut BMI memang sahih la terover obese..jadi marilah  kita berusaha...mungkin motivasi terbaru ialah, setiap kali nak makan terlebih jer, ingat kat orang yang susah, yang sedang berperang yang tak cukup makan tu..huuhuhuhu...baru ada rasa insaf sikit kot kan...huhuhu..




Monday, April 23, 2012

Induction Phase

            Blogger dah tukar layout lah..cam terperanjat pulak..ke aku yang lambat tahu??? anyway nak cerita pasal induction phase pulak.

             Induction phase as we already know have to be at least 2 weeks. Tapi kalo lagi banyak berat yang kita nak buang, kita dibolehkan berada di dalam fasa ni up to 6 months. Sepertimana yang kita dah tahu juga, dalam fasa ini, hanya 20g karbohidrat dibenarkan sehari supaya badan dapat berada dalam proses ketosis. Proses ketosis mengambil masa 48hours untuk bermula, maknanya, first day kita start atkins, kita masih menggunakan glukosa sebagai bahan bakar sampai the next day baru start lemak digunakan sebagai tenaga.

             Rules and Regulations:

1. Pastikan minum air paling kurang 8 gelas sehari. Lagi banyak lagi bagus, sebab air membantu meningkatkan metabolisma badan kita..lagi cepat turun berat badan. AIR KOSONG,AIR SUAM, AIR MINERAL SAHAJA.

2. Jangan skip makan. Berlapar tidak akan membantu kita lebih cepat turun badan, hanya menyeksakan dan bole membawa kepada penyakit lain seperti malnourished, gastritis, migraine dan paling bahaya BARAN..Senang nak marah orang sebab kita lapar..eh korang tak ke??aku yer..hehehe..Jadi sila makan at least 3 main dishes, Breakfast, Lunch dan Dinner or can go to small dishes 4-5 times per day.

3. Jangan makan karbohidrat lebih dari 20g sehari.

4. Pastikan balance diet between protein and fat. (more to elaborate dalam list makanan yang bole di makan later on)

5. Jangan makan kekacang atau bijirin selama induction.

6. Kalo ada masalah sembelit bole makan physillium husks or flaxseed (dapat kat farmasi).

7. Elakkan tea, coffee, caffeine, juice, soft drinks. Kepada caffeine addicted, go to decaffeinated coffee.

8. Makan multivitamin tapi not included iron.

9. Guna sweeteners seperti splenda ( sucralose or saccharine) BUKAN gula.

10. Elakkan makan carb yang tersembunyi dalam sos, kuah atau dressings.

11. Jangan makan produk diet yang tiada label "NO CARBOHIDRAT"

12. Jangan tertipu dengan "sugarless", "sugar-free", atau "no sugar added" products, Sebab selalunya ada karbohidrat yang tinggi.

13. Chewing gums, breath mints, ubat batuk, lozenges ada gula atau caloric sweetener..so adalah tidak bagus..jadi kalo boleh elakkan.

14. Banyakkan makan sayuran dan salad hijau.

Sumber : http://www.atkinsdietfreeplan.com/induction.htm

             Selama 2 minggu induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU,OAT dan yang sewaktu dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti Boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sewaktu dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, kacang dhal, sayur kacang buncis, kacang panjang.

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

10.) Elakkan sayur yang berkanji seperti jagung dan kentang.

11.) Elakkan Dairy foods seperti susu, susu low fat, susu manis melainkan cheese, cream cheese dalam kuantiti yang tertentu.

Makanan yang boleh dimakan semasa 2 minggu induction:

1.) Protein foods:

- Ayam - panggang, steam, bakar, goreng asalkan tanpa tepung, madu, gula, sos tiram.

-Daging- panggang, bakar, goreng, steam asalkan tanpa tepung,madu, gula, sos tiram.

-Seafood termasuk ikan, udang, ketam tetapi bukan sotong,tiram, kerang, kupang yang ada kulit keras sebab high carb. Boleh masak ikut selera pastikan kandungan carbs adalah rendah sekali.

-Organ dalaman mempunyai karbohidrat yang tinggi..jadi dicadangkan makan paling banyak pon 4oz sehari.

-Processed meats seperti hotdogs, patties kena tengok lah kandungan carb dan sila limit kuantiti pengambilan.

2.) Sayur: 12-15g carbohidrat per day sepatutnya datang dari sayur. Sayuran hijau paling bagus tapi bukan yang berbentuk kekacang atau yang ada banyak kanji macam kentang.

3.) Cheese: Atkins benarkan dalam 3-4ounces per day dalam 2-3 keping during induction. Termasuk cream cheese tapi bukan fresh cheese, cottage cheese or farmers cheese.

4.) Fats and Oils:

- Olive oil especially virgin or extra virgin, canola oil, peanut oil or vegetables oil semua dibenarkan.

- Butter pon bole asalkan seimbangkan dengan fat jenis lain. Berpada-pada dalam pengambilan.

5.) Air kosong sebanyak mungkin.

6.) Kalo ikut buku atkin diet recipe punya suggestion, bole je minum tea dengan seketul sweetener. Katanya guna gula substitute seperti splenda (sucralose) atau Sweet N Low (saccharine).

Sumber: 1. Saya Nak Kurus

             2. Atkins Diet Information

             3. Low Carb Diet Info

Tak cukup lagi...sila lah beli sendiri buku Atkins..hehehehe...takdelah..gurau jer..aku pon baru sangat, jadi kalo ada sebarang soalan sila ke blog Saya Nak Kurus. Atau bole juga pergi ke sini.

           Apa lagi yang ditunggu???? Mari bermula sekarang...Sebenarnya entri ni amik masa lama nak siap..sedangkan aku dah masuk hari ke 7 dah start diet atkin, dalam fasa induction semestinya..jadi apa cerita ceriti dan apa menu aku??? nantikan entri seterusnya okay :)

Friday, April 20, 2012

Pengenalan Atkin Diet

        Memandangkan aku nak mulakan semula proses penurunan berat badan menuju ideal weight, aku berasa yang aku nak cuba diet cara Atkin. Apa itu diet Atkin??? Bole turun berat ke? Aku sendiri tak pernah cuba lagi..jadi aku tak bole nak komen lagi..tapi ada beberapa blog yang cerita pasal diet atkin ni, dan bole tengok yang diaorang memang berjaya turunkan berat badan dengan cara diet Atkin. Nanti aku kasi link blog yang berkisahkan diet ini.

          Atkins Diet atau nama official adalah Atkins Nutritional Approach telah diperkenalkan dan direka oleh Robert Atkins. Cara diet ini adalah dengan mengurangkan karbohidrat dalam pemakanan seharian. Fasa induksi adalah fasa yang paling kurang sekali pengambilan karbohidrat dalam diet. Ini adalah fasa di mana ketosis berlaku. Apabila karbohidrat kurang dalam badan menyebabkan kurang gula dalam darah yang mana menyebabkan kurang insulin dikeluarkan. Ini akan mengakibatkan perubahan hormon yang memaksa menggunakan lemak tersimpan untuk ditukar jadi tenaga. Kalo sesiapa ingat atau pernah belajar pasal Kreb Cycle bole la paham dengan lebih terperinci pasal proses ketosis ini.

          Atkins diet ada 4 fasa:

1: Induction
2: Ongoing Weight Loss
3: Pre-maintenance
4: Lifetime maintenance

Fasa Pertama: INDUCTION

Induction ni minimum adalah selama 2 minggu. Fasa ni yang paling kurang sekali pengambilan karbohidrat dalam makanan seharian, hanya dibenarkan 20g sahaja. Ini sebab nak pastikan badan masuk proses ketosis yang mana akan menyebabkan lemak diguna sebagai tenaga. Nanti post seterusnya aku cerita lebih tentang apa yang bole makan dan apa yang tak bole makan masa fasa induction ni.

Fasa Kedua: ONGOING WEIGHT LOSS

Fasa ni pulak dah bertambah sikit pengambilan karbohidrat tapi masih dalam kuantiti yang menyebabkan kita masih turun berat badan. Setiap minggu tambah 5g karbohidrat. Fasa ni berlansung sampai lah kita menghampiri target berat badan kita dalam 4.5kg lagi. Jenis pemakanan yang berubah ada 9 jenis.Nanti kita dah sampai tahap ni kita cerita pulak yer.

Fasa Ketiga: PRE-MAINTENANCE

Fasa ni pulak, setiap minggu tambah 10gkarbohidrat daripada pengambilan karbohidrat sebelum ni. Aim adalah untuk tahu kuantiti karbohidrat yang kita perlukan untuk kekalkan berat badan kita. Masa ni dah tak perlu pastikan badan berada dalam ketosis. Kalo dah sampai target weight, kita kekalkan selama sebulan kuantiti pengambilan karbohidrat yang sama sebelum tambah lagi 10g karbohidrat. Ini supaya nak tahu samada kita akan naik berat atau tak dengan apa yang kita consumed. Kalo naik, turun 10g carbs intake. Fasa ini bole berlaku dalam beberapa minggu sampai kita jumpa kuantiti yang betul.

Fasa Ke-Empat: LIFETIME MAINTENANCE

Fasa ini adalah yang mana kita maintain cara pemakanan kita sepanjang diet ni. Supaya takde lah timbul isu nak makan sakan lepas habis diet dan nanti balik semula ke arah obesiti.Kita dibenarkan makan semua jenis makanan tapi bersedia untuk kembali ke fasa pertama bila dah naik berat badan.
Kena pastikan kita sentiasa aware dengan berat badan, timbang every week.

           Ramai orang akan tanya pasal kolesterol tinggi dan tinggi kalori intake. Ada research dibuat terhadap orang yang buat low carb diet dan mendapati diet jenis ini dapat mengurangkan potensi mendapat serangan sakit jantung, mengurangkan LDL cholesterol (kolesterol jahat) dan menaikkan HDL cholesterol (kolesterol baik).

Sumber: Encik Wikipedia

Lupa pulak nak letak link blog mereka yang dah berjaya buat Atkin Diet dan mendapat hasil yang lumayan :)

1. http://www.taknakgemuk.com
2. http://bicikut.blogspot.com

Notakaki: Kalo ada sesapa yang nak tukar link marilah yer...

Wednesday, April 11, 2012

Sebulan Menyepi

            Sebulan menyepi dari blog ini..apa tandanya????tandanya diet adalah ke laut..haih..semenjak yang kononnya nak start Jillian lah, nak treadmill la..hakikatnya??? nan ado..yang ada hanyalah makan, house chores, masak, tido..haih..apa nak jadi???

            Lepas tu takut nak naik penimbang..last naik adalah 2 minggu lepas..masa tu lepas puasa ganti 4 hari..berharap lah tak berat sangat..hamik..81.3kg..apa lah nak jadi kan..main kat situ jer..turun sampai 77 lepas tu naik balik ke 80..aduhai..huhuhuhu..

          Tolong-tolong..serius semangat yang hilang..tak kuat lansung..walaupon memang masih lagi nak capai berat ideal 50kg by this year..nak mencapai susah..nak mantain lagi susah..haih...tapi rasanya kalo dah capai 50kg..mesti lah akan hargai kan????hopefully lah..so sekarang camner????

            Tengok member-member kat Kumpulan Manusia Mahu Kurus kat fb tu..memang jeles dengan semangat dan pencapaian diaorang..ada yang sanggup buat master cleanse detox..tak makan lansung..ganti dengan juice itu ini..erhhhhh tak bole der..mahu aku amukan jer dengan budak dua orang ni...so aku ingat nak join diaorang buat diet telur..makan telur jer..tak makan benda lain..tapi terlambat sebab aku lambat pergi beli telur..aku sekarang kalo nak keluar rumah memikir sepuluh kali..sebab adalah sangat alergik dengan pollens..kalo sekali keluar..hadaplah seharian terbersin, hidung tersumbat, gatal mata, telinga, tekak..errrhhhhh siksa...lepas tu sekarang dah start panas macam summer jer..heh tak menahan rasa cam nak cair..(gaya puteri lilin jer kan :) )jadi terlambat lah nak join...

           Sekarang tengah memikir nih...samada aku patut buat atkins tak? memang aku still breastfeed Adam..tapi Adam bukanlah 100% nursing..dah amik makanan lain semua..cumanya dia punya selera susah sikit..kadang makan,kadang tak berapa makan..bole jer sehari tak makan apa-apa kecuali seketul dua biskut dan selebihnya menyusu..ehm camner tu????ke buat Atkins yang tak strict sangat??

            Aku sebenarnya memang percayalah jaga diet dengan betul dan seimbang diiringi dengan senaman adalah cara yang paling baik untuk turun berat badan..sebab nanti somehow kita alter cara hidup kita so that once kita dah dapat berat idaman, kita akan sentiasa stay dalam kehidupan yang seimbang so takkan timbul masalah berat badan menaik pulak..berbanding kalo kita restrict makanan kita dan sampai dapat berat idaman or sampai satu tahap kita tak tahan dan rasa cam nak balas dendam dan makan semua benda dan tanpa sedar telah menaikkan berat badan dalam berganda-ganda..cumanya, yang aku perasan dalam kaedah diet seimbang, kira diet kira kalori dan senaman..masalah dia adalah ketidaksabaran dan kekecewaan..tak sabar sebab lambat sangat jarum penimbang nak bergerak ke kiri..lepas tu kecewa bila rasa cam dah jaga makan dan dah exercise gila-gila, tapi berat still tak turun atau turun sikit sangat tak seperti mana usaha kita..lepas tu once dah turun berkilo-kilo...tetiba bole naik dengan senangnya kalo tak jaga makan dalam seminggu..kerja menurunkan berat yang amik masa 3 bulan bole dimusnahkan dalam masa seminggu..paham tak perasaan tuh????mahu tak kecewa??frust menonggeng???aargggghhhhh...

           Iyer itulah yang aku alami..so sekarang memang aku teringin nak cuba cara baru..tapi tulah rasa tak berapa nak kuat sangat..nak cuba produk itu ini..ehm budget takde dan tak tahu keberkesanan dan aku still nursing so risau effect kat budak pulak..kalo kat Amerika ni, beribu jenis cara diet, pill, serbuk sampai pembedahan untuk turun berat badan..tinggal duit ada ke tak jer...berkesan atau tak pon tak tahu sebab effect bergantung pada individu kan.. ada orang sesuai produk yang A, ada orang sesuai produk B.

          Maka, insyaAllah esok dan lusa aku nak habiskan posa ganti aku..so mungkin next week aku akan start diet Atkin cara aku..yess aku akan alter sikit mengikut kesesuaian..so yes I know I won't expect aku akan turun berat banyak sangat..but at least turun lah..that's what important...hopefully I will success..pray for me my dear friends...

         Okay, during this weekend will study the whole Atkin thingy :) Supaya aku tak rasa segan nak update berat kat Diet 30KG..yup aku tak update pon untuk bulan mac sebab adalah menaik ke berat asal..apakah kan???eh bole tak aku nak salahkan aku inject perancang keluarga???hahahahha..nak juga salahkan sesuatu melainkan diri sendiri..haih manusia kan???

         Okay ladies and gentleman...lets start our engine :) yeeeeeeehhhhhaaaaaaa

Saturday, March 10, 2012

Progress Diet

            Selamat Bertemu Kembali:)

            Setelah seminggu berazam..apakah progress diet aku??? hahahahhaa nanado..sebab nyer adalah kena serangan selsema..kena demam selsema sakit badan selama 2 hari tapi sekarang still batuk dan hidung tersumbat dan masih sneezing... Alhamdulillah, buat cuci dosa kecik:)

           Jadi bila hilang deria bau, harus hilang selera makan..tapi aku makan jugaklah..dan tidak exercise sebab tak larat dan cam takde mood..Hari ini dah hari ke4 aku tak exercise..Bagus..memang satu progress ke belakang..huhuhu...risau ni risau...

          Berharapan sesangat yang mood akan datang dalam masa terdekat..hopefully by monday dah bole mulakan exercise dan diet bebetul...

          Argghhh tolong penimbang be nice with me:)

Thursday, March 1, 2012

Diet 30kg : Bulan MARCH

           Sekejaban jer bulan Feb berlalu kan..dah masuk March..Cerita pasal diet..ehm Sebenarnya adalah okay jugak lah untill last week..macam almost 1 kg off per week..okaylah dengan gaya diet aku ni..tapi memandangkan last weekend adalah my birthday..oh yeah dah turning 3 series...maka bila timbang this morning...adalah sangat tak best...sebab naik pulak almost 1 kg dari last timbang..sungguh fluctuating bacaan penimbang..huhu..

           Jadi kalo nak ikut untuk bulan FEB, my weight adalah 79.1kg..turun 2.2kg dari last month..okaylah tapi tak memberansangkan..tapi tahu sebab memang tak berapa nak diet sangat..kalo nak really do a crash diet tak boleh sebab adalah brestfeeding lagi...walaupon Adam bukanlah bergantung pada susu sahaja sebab umur pon dah 18months kan..tapi he still menyusu dengan kerap..

             Maka hari penimbang adalah hari off diet..hahaha..banyak jer alasan kalo nak off diet..anyway..kena kuatkan semangat supaya dapat turun at least 1 kg per week for this month..pray for me guys, pray that I will stay dieting and exercising..

              Oh cakap pasal exercise ada a few days lagi to go with zumba..and then will start with a new routine..I'll go with Jillian pulak after this together with treadmill..aaargh hoping that I will have the energy and strength..entahlah kenapa..after doing almsot everyday dengan zumba ni..rasa cam lesu dan tak bermaya..sedangkan sepatutnya dah develop kind of stamina kan..haih...

              Kalo pasal cara diet..yang betulnya..aku try very hard to control amount dan tak makan malam..kekadang berjaya kekadang tak berjaya..which explains why my weight fluctuate macam tuh..huhuhu..kekadang rasa cam takkan lah akan trap dengan berat 79-80 ni sepanjang masa??? Rasa cam nak sangat sentuh angka 6..kena kuat semangat lagi ni..huhuhu...

Saturday, February 4, 2012

Diary Diet

           Ini akan terjadi bila aku rajin saje..hahaha..atau terlebih masa...

Breakfast: 2 glazed donut ...memang terbang lah diet...huhu..
                Minum air kosong segelas
                minum nescafe segelas kecik...terbaik punya diet

Lunch: Bihun goreng sepinggan sederhana besar...cannot resist lah kalo bihun..forever favorite
           Ayam goreng - 2 ketul..tapi kecik sangat 1 ketul itu..macam kalo kat Malaysia baru makan 1 ketul lah..

Minum Petang: most probably adalah muffin chocolate chip..haih..akan ku cuba telan sebiji jer..ooh its premix tapi memang terbukti sangat sedap as compared to resepi yang aku pernah cuba.

Dinner: Minum milo atau herbalife sebab sepanjang hari adalah pemakanan tak berhemah..huhu..

Minum Air paling kurang 8 gelas.

Snacks: Air kosong..hopefully..

Exercise: am going to do now selepas publish ini post..zumba lah..fitness concert exhilirate 60 minutes..huhu..

            So hopefully berat akan turun..jangan lah turun ciput sangat nanti aku sedih dan hilang semangat...

Thursday, February 2, 2012

Diet 30kg : Bulan FEB

             Yup memang aku baru bebetul start diet minggu ini...busuk tak??pada akhir bulan Jan,awal bulan FEB..sedangkan orang lain dah start dari bulan Jan..Jadi masa aku masukkan berat untuk akhir bulan Jan haruslah aku punya berat tak mengurang...dan lagi parah adalah menaik..ko mampu???

            Masa registration adalah 80kg...akhir Jan 81.3kg...bagus..sebab malam sebelum menimbang..aku makan dengan sedapnya..sebab ada sambal tumis udang dan sambal tumis ikan bilis..haru betul..

            Tapi semua itu sudah menjadi bubur..maka sementelah aku betul-betul diet baru minggu nih..jadi kita tengok nanti camner ek?

           Sekarang ni paling busuk pon aku buat zumba 20minit sekali sehari...kalo tak selalunya buat sejam sehari. Aku nak try buat zumba selama 30 hari dan diet. Nak tengok turun banyak mana..Kemudian next month aku akan buat Jillian 30 days shred pulak..Saja nak compare..lepas tu buat yang the biggest loser pulak...begitulah perancangannya...kita merancang..jadi ke tidak...tengoklah dengan izin Allah nanti.

           Diet pulak..aku makan pagi 2 keping roti wheat di sapu nuttela 1 sudu besar. Minum air kosong 2 gelas. Sementara nak makan tengahari sambil duk memasak, mengemas,menyediakan budak-budak..kalo aku buatkan waffle tuk budak, aku curi jugak segigit waffle tu, takpon sekeping biskut.Juga minum air lagi..Tapi hakikat adalah lapar sangat..huhu..cuma sebab aku tahu proses nak biasakan diri sebab baru start balik kan..so aku cubalah bertabah lawan nafsu dan lawan perasaan.  Yeah makan tengahari, aku makan nasi sesenduk yang bermaksud senduk aku boleh angkat, banyak tu lah aku makan..hahaha...dalam satu mangkuk budak kot. Makan lauk dan sayur dengan banyak jugak. Pastu minum air. Pastu mesti teringin sangat nak makan benda manis..entah kenapa..aku sebat lah juga sekeping brownies..hahaha..Pastu untuk dinner memang takde nasi..kalo ada sup, makan sup saja..kalo tak makan 2 keping roti dan lauk dan sayur sebelum 8 malam.

           Pada aku ni dah cukup diet lah..sebab aku ada anak yang masih menyusu badan..yang lebih suka menyusu badan daripada makan...kekadang tengah makan 2-3 suap, bole baring dan minta susu..cemana..dan minum susu setiap 2 jam di setiap malam..huhuhu..siapa yang pernah menyusu badan atau tengah menyusus badan mesti memahami perasaan kelaparan yang aku alami..huhu..

            Maka, kita tunggu minggu depan..tengok berat ada turun ke tak dengan jadual pemakanan dan exercise aku ini..rasa cam tak larat nak exercise macam memula tuh..huhuhu..sehari aku exercise almost 600-700calories burned...sekarang..tak larat...malas kot yer..takpe lepas sebulan kalo tak berapa nak turun..kita tukar cara yer..

Friday, January 27, 2012

Diet 30kg

            Lamanya bercuti dari berblog nih..kalo dah cuti dari blog kurus..sinonim lah jugak dengan bercuti dari sesi diet dan menuju berat ideal. huhuhu..hampir 2 bulan rasanya memang tak exercise lansung dan makan control ala kadar jer..pantang jugak..pantang nampak...huhu..perut asik lapar dan nafsu makan tak mampu dikawal...

            Memang sepanjang mak mertua dan adik ipar datang dari ujung bulan sebelas sampai hujung bulan 12 memang totally off diet dan exercise..Sementelah memang niat nak khidmat masak sepanjang mak kat sini..apa lagi memacam resepi lah yang keluar kan..dah lah bertambah mulut yang makan lagi berselera lah makan kan..haduhai..Lepas tu 2 minggu dekat diaorang nak balik sibuk gi bawa diaorang jenjalan..lagilah kan..mesti tak dapat elak dari makan tak teratur dan dinner menjadi tengah malam...

            Lepas dah mak dan adik balik..baru sedar penatnya badan..hahaha..lain kan kalo ada orang kat rumah..siap bangun dari awal pagi, buat sarapan, kemas rumah, masak lunch, minum petang, makan malam..bawa jenjalan...masa buat semua tu tak rasa sangat penat..sekarang baru lah rasa cam asik mengantuk jer...hahaha..jadi itu yang kekonon nak kasi badan recover, tak exercise dan tak diet lagi...

             Sampai lah haritu dalam tengah bulan januari kot ramai ahli kat KMMK FB nak buat program diet yang baru..Kak Zel pon buat satu, iaitu diet 30kg..adalah misi menurunkan 30 kg dalam masa setahun..no hassle..go with the flow..diet ikut suka..janji tetiap bulan ada turun. dah join dari start kak zel buka registration. ooh by the way..kak zel punya program hanya untuk yang berat 80kg ke atas..logiklah sebab kalo yang kurang dari itu nak turun 30kg..maka nak tinggal berapa kilo kan?

              Aku layak dowh...last berat masa CT5kilo adalah 73.7kg. Sekarang adalah 80kg babe. huahua..sila menangis sekarang.. apa cer..kata nak turun 50kg by the end of last year..sudah tukar ka? jadi end of this year??? aku rasa aku tak cukup bersungguh lah weh..entah ke mana menghilang semangat jitu itu..

               Cumanya sebab masa last contest aku guna penimbang jarum..kali ni aku guna penimbang digital..mak aih..banyak lah beza..sebab kalo aku naik pulak penimbang jarum tu..memang berat aku naik..tapi tak lah sampai 80kg..dalam 76kg gitu. tapi sebab aku memang kena seksa sikit mental aku..maka aku pon sekarang decide guna penimbang digital sajer..jadi aku akan bermula kisah diet 30kg dengan 80kg.

               Alkisah, aku hanya baru jer bermula mengorak langkah mengangkat bontot pada minggu ini. Start dari hari Selasa, 24/1/2012 baru aku start exercise..zumba 1jam sehari. Dari segi pemakanan...ehm tak betul-betul lagi..sebab masih makan malam..nasi aku makan 2 kali sehari. dalam sepinggan sekali makan..pastu dua tiga hari dalam 2-3 minggu ini, sibuk lah layan tekak suami buat kuih tradisional..paham jerlah yer..kuih tradisional dengan gula, telur, santan..abih dah buat..takkan tak makan..siapa nak tolong habiskan. huhuhu..

               Baik, mulai minggu depan..insyaAllah..akan strict balik diet dan exercise..so berharap akan ada penurunan..walau hakikat memang takut nak naik penimbang...

               Walau naik berkilo, tapi dari segi lipatan lemak, inci tak nampak kenaikan sebab masih muat dan selesa pakai baju dan seluar yang bersaiz masa 73.7kg itu...

               Jadi mari kita berusaha :)