Penurunan Berat Badan!!!!

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Friday, April 20, 2012

Pengenalan Atkin Diet

        Memandangkan aku nak mulakan semula proses penurunan berat badan menuju ideal weight, aku berasa yang aku nak cuba diet cara Atkin. Apa itu diet Atkin??? Bole turun berat ke? Aku sendiri tak pernah cuba lagi..jadi aku tak bole nak komen lagi..tapi ada beberapa blog yang cerita pasal diet atkin ni, dan bole tengok yang diaorang memang berjaya turunkan berat badan dengan cara diet Atkin. Nanti aku kasi link blog yang berkisahkan diet ini.

          Atkins Diet atau nama official adalah Atkins Nutritional Approach telah diperkenalkan dan direka oleh Robert Atkins. Cara diet ini adalah dengan mengurangkan karbohidrat dalam pemakanan seharian. Fasa induksi adalah fasa yang paling kurang sekali pengambilan karbohidrat dalam diet. Ini adalah fasa di mana ketosis berlaku. Apabila karbohidrat kurang dalam badan menyebabkan kurang gula dalam darah yang mana menyebabkan kurang insulin dikeluarkan. Ini akan mengakibatkan perubahan hormon yang memaksa menggunakan lemak tersimpan untuk ditukar jadi tenaga. Kalo sesiapa ingat atau pernah belajar pasal Kreb Cycle bole la paham dengan lebih terperinci pasal proses ketosis ini.

          Atkins diet ada 4 fasa:

1: Induction
2: Ongoing Weight Loss
3: Pre-maintenance
4: Lifetime maintenance

Fasa Pertama: INDUCTION

Induction ni minimum adalah selama 2 minggu. Fasa ni yang paling kurang sekali pengambilan karbohidrat dalam makanan seharian, hanya dibenarkan 20g sahaja. Ini sebab nak pastikan badan masuk proses ketosis yang mana akan menyebabkan lemak diguna sebagai tenaga. Nanti post seterusnya aku cerita lebih tentang apa yang bole makan dan apa yang tak bole makan masa fasa induction ni.

Fasa Kedua: ONGOING WEIGHT LOSS

Fasa ni pulak dah bertambah sikit pengambilan karbohidrat tapi masih dalam kuantiti yang menyebabkan kita masih turun berat badan. Setiap minggu tambah 5g karbohidrat. Fasa ni berlansung sampai lah kita menghampiri target berat badan kita dalam 4.5kg lagi. Jenis pemakanan yang berubah ada 9 jenis.Nanti kita dah sampai tahap ni kita cerita pulak yer.

Fasa Ketiga: PRE-MAINTENANCE

Fasa ni pulak, setiap minggu tambah 10gkarbohidrat daripada pengambilan karbohidrat sebelum ni. Aim adalah untuk tahu kuantiti karbohidrat yang kita perlukan untuk kekalkan berat badan kita. Masa ni dah tak perlu pastikan badan berada dalam ketosis. Kalo dah sampai target weight, kita kekalkan selama sebulan kuantiti pengambilan karbohidrat yang sama sebelum tambah lagi 10g karbohidrat. Ini supaya nak tahu samada kita akan naik berat atau tak dengan apa yang kita consumed. Kalo naik, turun 10g carbs intake. Fasa ini bole berlaku dalam beberapa minggu sampai kita jumpa kuantiti yang betul.

Fasa Ke-Empat: LIFETIME MAINTENANCE

Fasa ini adalah yang mana kita maintain cara pemakanan kita sepanjang diet ni. Supaya takde lah timbul isu nak makan sakan lepas habis diet dan nanti balik semula ke arah obesiti.Kita dibenarkan makan semua jenis makanan tapi bersedia untuk kembali ke fasa pertama bila dah naik berat badan.
Kena pastikan kita sentiasa aware dengan berat badan, timbang every week.

           Ramai orang akan tanya pasal kolesterol tinggi dan tinggi kalori intake. Ada research dibuat terhadap orang yang buat low carb diet dan mendapati diet jenis ini dapat mengurangkan potensi mendapat serangan sakit jantung, mengurangkan LDL cholesterol (kolesterol jahat) dan menaikkan HDL cholesterol (kolesterol baik).

Sumber: Encik Wikipedia

Lupa pulak nak letak link blog mereka yang dah berjaya buat Atkin Diet dan mendapat hasil yang lumayan :)

1. http://www.taknakgemuk.com
2. http://bicikut.blogspot.com

Notakaki: Kalo ada sesapa yang nak tukar link marilah yer...

4 comments:

  1. menarik jugak...nak tryla hehe...tp susah tul lah rasa nak control nafsu makan ni =(

    ReplyDelete
  2. memang menarik..saya dah buat nak masuk 6 hari dan saya dah turun...jeng-jeng..nanti says post entri lain..tp kan mmg sgt mencabar lah sebab saya suka mkn dessert..huhuhu...nasi tak mkn tak kisah..tp cookies,kek,cheese kek..huhuhu

    ReplyDelete
  3. em..lau fasa 1 nk ke fasa 2 tu ble???xphm sgt..
    contohla...berat 90 nk trun 75..ok fasa 1 tu 90 sampai bape kg???

    ReplyDelete
  4. uuh sy da mule start diet atkins lg 2 ari genap 2 minggu hope dpt trun 5 kilo...
    tkut nk timbang...huhu

    ReplyDelete