Penurunan Berat Badan!!!!

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Monday, April 23, 2012

Induction Phase

            Blogger dah tukar layout lah..cam terperanjat pulak..ke aku yang lambat tahu??? anyway nak cerita pasal induction phase pulak.

             Induction phase as we already know have to be at least 2 weeks. Tapi kalo lagi banyak berat yang kita nak buang, kita dibolehkan berada di dalam fasa ni up to 6 months. Sepertimana yang kita dah tahu juga, dalam fasa ini, hanya 20g karbohidrat dibenarkan sehari supaya badan dapat berada dalam proses ketosis. Proses ketosis mengambil masa 48hours untuk bermula, maknanya, first day kita start atkins, kita masih menggunakan glukosa sebagai bahan bakar sampai the next day baru start lemak digunakan sebagai tenaga.

             Rules and Regulations:

1. Pastikan minum air paling kurang 8 gelas sehari. Lagi banyak lagi bagus, sebab air membantu meningkatkan metabolisma badan kita..lagi cepat turun berat badan. AIR KOSONG,AIR SUAM, AIR MINERAL SAHAJA.

2. Jangan skip makan. Berlapar tidak akan membantu kita lebih cepat turun badan, hanya menyeksakan dan bole membawa kepada penyakit lain seperti malnourished, gastritis, migraine dan paling bahaya BARAN..Senang nak marah orang sebab kita lapar..eh korang tak ke??aku yer..hehehe..Jadi sila makan at least 3 main dishes, Breakfast, Lunch dan Dinner or can go to small dishes 4-5 times per day.

3. Jangan makan karbohidrat lebih dari 20g sehari.

4. Pastikan balance diet between protein and fat. (more to elaborate dalam list makanan yang bole di makan later on)

5. Jangan makan kekacang atau bijirin selama induction.

6. Kalo ada masalah sembelit bole makan physillium husks or flaxseed (dapat kat farmasi).

7. Elakkan tea, coffee, caffeine, juice, soft drinks. Kepada caffeine addicted, go to decaffeinated coffee.

8. Makan multivitamin tapi not included iron.

9. Guna sweeteners seperti splenda ( sucralose or saccharine) BUKAN gula.

10. Elakkan makan carb yang tersembunyi dalam sos, kuah atau dressings.

11. Jangan makan produk diet yang tiada label "NO CARBOHIDRAT"

12. Jangan tertipu dengan "sugarless", "sugar-free", atau "no sugar added" products, Sebab selalunya ada karbohidrat yang tinggi.

13. Chewing gums, breath mints, ubat batuk, lozenges ada gula atau caloric sweetener..so adalah tidak bagus..jadi kalo boleh elakkan.

14. Banyakkan makan sayuran dan salad hijau.

Sumber : http://www.atkinsdietfreeplan.com/induction.htm

             Selama 2 minggu induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU,OAT dan yang sewaktu dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti Boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sewaktu dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, kacang dhal, sayur kacang buncis, kacang panjang.

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

10.) Elakkan sayur yang berkanji seperti jagung dan kentang.

11.) Elakkan Dairy foods seperti susu, susu low fat, susu manis melainkan cheese, cream cheese dalam kuantiti yang tertentu.

Makanan yang boleh dimakan semasa 2 minggu induction:

1.) Protein foods:

- Ayam - panggang, steam, bakar, goreng asalkan tanpa tepung, madu, gula, sos tiram.

-Daging- panggang, bakar, goreng, steam asalkan tanpa tepung,madu, gula, sos tiram.

-Seafood termasuk ikan, udang, ketam tetapi bukan sotong,tiram, kerang, kupang yang ada kulit keras sebab high carb. Boleh masak ikut selera pastikan kandungan carbs adalah rendah sekali.

-Organ dalaman mempunyai karbohidrat yang tinggi..jadi dicadangkan makan paling banyak pon 4oz sehari.

-Processed meats seperti hotdogs, patties kena tengok lah kandungan carb dan sila limit kuantiti pengambilan.

2.) Sayur: 12-15g carbohidrat per day sepatutnya datang dari sayur. Sayuran hijau paling bagus tapi bukan yang berbentuk kekacang atau yang ada banyak kanji macam kentang.

3.) Cheese: Atkins benarkan dalam 3-4ounces per day dalam 2-3 keping during induction. Termasuk cream cheese tapi bukan fresh cheese, cottage cheese or farmers cheese.

4.) Fats and Oils:

- Olive oil especially virgin or extra virgin, canola oil, peanut oil or vegetables oil semua dibenarkan.

- Butter pon bole asalkan seimbangkan dengan fat jenis lain. Berpada-pada dalam pengambilan.

5.) Air kosong sebanyak mungkin.

6.) Kalo ikut buku atkin diet recipe punya suggestion, bole je minum tea dengan seketul sweetener. Katanya guna gula substitute seperti splenda (sucralose) atau Sweet N Low (saccharine).

Sumber: 1. Saya Nak Kurus

             2. Atkins Diet Information

             3. Low Carb Diet Info

Tak cukup lagi...sila lah beli sendiri buku Atkins..hehehehe...takdelah..gurau jer..aku pon baru sangat, jadi kalo ada sebarang soalan sila ke blog Saya Nak Kurus. Atau bole juga pergi ke sini.

           Apa lagi yang ditunggu???? Mari bermula sekarang...Sebenarnya entri ni amik masa lama nak siap..sedangkan aku dah masuk hari ke 7 dah start diet atkin, dalam fasa induction semestinya..jadi apa cerita ceriti dan apa menu aku??? nantikan entri seterusnya okay :)

No comments:

Post a Comment