Penurunan Berat Badan!!!!

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Saturday, May 3, 2014

Misi Kurus Kembali Lagi!!!

Howdy,

Wah giler lama tak update blog ni..huhuhu..nampak sangat misi ke laut dan tenggelam dalam ombak yang mengganas. Wah dah bermetafora pulak. Satu sebab mood menulis tiada. Kedua sebab tiada idea nak tulis apa. Ketiga sebab misi menuju berat badan ideal adalah hot hot chicken shit. hahaha. Ye nama pon manusia biasa penuh dengan alasan, excuses and reasons. Semuanya bagi menyedapkan hati sendiri. hahaha..

So sekarang ni kembali menulis sebab kembali dengan misi baru menuju berat badan ideal dengan bentuk badan menarik dengan cara yang sihat. Wah..ada gaya promosi barangan pengurus lansing kan? Ye memang tak betul..Aku memang bukan pengguna barang/supplement/alatan untuk kurus cepat tanpa bersusah payah. Aku memang orthodoks sikit bab nak kurus ni. Lebih kepada menjaga diet dan bersenam. Biarlah lambat pon walaupon tak dinafikan aku adalah juga rasa terpengaruh dan teringin tapi entahlah rasa cam tak berapa nak sihat sangat. Lagipon aku lebih setuju yang kalo kita dapat ubah gaya hidup lebih sihat lebih baik daripada crash diet/makan ubat/supplement etc lepas dah turun dalam masa sebulan dua lepas tu naik mendadak. Buat apa kan? So not worth it.

Yes memang aku diam je kat blog ni tapi aku adalah rajin lah baca informasi tentang nak kurus dan melakukan senaman senaman yang boleh membantu kekurusan. So memula nak cerita yang berat sekarang paling latest dalam 3 hari lepas kot 4/30/14 : 84.7kg. Berat badan ideal untuk aku adalah sekitar 50-55kg. Aku target 55 kg lah. Lebih kurang 30kg lah pukul rata aku kena hilang. Aku adalah nak balik Malaysia dalam hujung bulan 8 tahun ni. Jadi aku adalah nak pulang dengan berat badan ideal. wah gitu so bole ke nak hilang 30kg dalam 4 bulan? Agak drastik sebenarnya penurunan sebanyak itu dalam masa yang singkat. So aku takde lah target nak turun banyak tu. aku ni realistik orang nya. Sbb aku takut aku akan lari dari tujuan, jadi aku buat target berperingkat lah seperti pada  hujung bulan 6 ni berat aku adalah 70-75kg gitu. Okay tak?Harapan bulan 8 nanti dalam 60 kg tapi kalo dapat pecah angka 6 pon dah kira syukur sangat lah.

Apa plan diet aku? Apa plan senaman aku? Perlu diingat  adalah puasa dan raya bakal menjelma. huahuahua.

So aku ni dah tau dah aku kalo bab senaman bole kata power lah. hahaha..semua aku sapu yang aku berkesempatan, Jillian, Insanity, Zumba, Hip Hop tapi yang buat aku kalah adalah makanan. Dan seperti yang semua pendiet tegar atau orang yang dalam proses nak menuju berat badan ideal 80% Diet dan 20% Senaman.

Pic ihsan google



Jadi dengan ini aku nak memulakan lah misi yang baru. Aku masih bertatih. Aku dah tau yang kena makan yang sihat-sihat dan tak sedap. Memang kebenaran yang tak dapat disangkal lagi bahawa tak sedap dan sihat adalah seiring dan seiring dan sejalan seperti sedap dan tidak sihat. huhuhu. Perit dan tabah tapi demi mengubah imej. Wahhh gitu. Aku nak update kat sini apa menu dan senaman aku buat dan progress aku. Oh percayalah aku tau aku mungkin akan update menu yang tak berapa nak clean sangat tapi seperti yang aku kata, I'm still trying to adapt. 32 tahun lidah ni kenal makanan sedap dan tak sihat so please bear with me. As for senaman mostly will be zumba cause yes I do love dancing and dancing with losing calories ain't gonna hurt me right? So aim nak get instructor certificate before going back to Malaysia.

So starting semalam aku aim tak nak makan nasi atau kurangkan makan nasi. Ye nasi tak bersalah aku tau. Bole makan segenggam sehari tapi kalo dah lauk sedap tak kan mampu nak makan segenggam ye dak? So for this first months cuba lah elakkan though I admit I'm still taking other carbs. Sepanjang ni nanti korang akan tengoklah apa ke jenis carbs yang aku amik. hehehe.

Day 1: 5/2/14

Starting weight: 84.7kg

Breakfast; 1 cheese danish : 430 cal
Lunch: 1 beef burger with mayo cheese and salad: 400 cal
Snacks : Ritter Sport Dark Chocolate with whole hazelnuts : 210 cal
Dinner: Mix salad with 1 piece of honey blackpepper chicken : 400 cal

Exercise: nope

As of today

Day 2 : 5/3/14

Breakfast: Cucur bawang : 300 cal

Yang lain belum lagi..nanti update lagi eh. oh yes I'm using myfitnesspal. Pernah turun sampai 75kg tau guna myfitness pal. Lepas tu naik balik. haih la labu..

Bole ke cakap kat orang kalo nampak cam kurus jangan tegur sampai memang betul-betul kurus. Selalu cam lupa daratan kalo orang kata wah dah kurus. Ye itulah yang menjadi permasalahan sejagat masa dah turun 75kg tu. Lepas tu cam selesa dan naik balik 10 kg..huhuhuhu...Lepas ni kena kuat mental lah..nak cakap cheat day jangan jadi cheat year..hahaha..

So basically aku try kawal calories intake dan exercise as well as trying to choose to eat healthier food. Semalam berjaya jamu orang makan nasi ayam tanpa aku sendiri makan nasi ayam. hahahha...itu sesuatu yang kebanggaan tau. Aku bukanlah nak kata aku ni pandai sangat masak tapi aku bole cakap yang aku masak sedap lah. Lagi-lagi kalo ada tempoyak. Buat sambal tempoyak makan dengan nasi panas dan telur goreng mata pon aku bole makan 2 pinggan nasi..huhuhu..tu nak kena bertabah tu.

Okay mari lah kita bersama menuju berat badan ideal :)